Sunday, January 18, 2009

Diana Danielle kesal difitnah

image

SI CANTIK, Diana Danielle tak habis-habis dihimpit kontroversi. Selepas insiden dikasari bekas kekasihnya, Syamsul Yusof, timbul pula isu Diana tidak mahu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Terbaru, khabar angin yang bertiup kencang, pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan kerabat diraja berstatus suami orang. Dan cukup mengecewakan Diana, apabila kereta mewah jenis BMW X5 yang dibeli dengan hasil titik peluhnya bergelar model produk dan pelakon disalahertikan.

Ada yang mempertikaikan kemampuan Diana membeli kereta mewah berharga RM560,000 dan tak kurang juga yang menuduhnya menerima hadiah lumayan itu daripada seseorang yang istimewa sempena ulang tahunnya ke 17 pada November tahun lalu.

image

Diana beritahu Raja, dia terkilan dengan berita yang disiarkan sebuah akhbar harian (bukan Berita Harian), baru-baru ini.

image

“Saya memang ada membeli sebuah kereta BMW, tetapi ia kereta terpakai. Saya beli dengan hasil titik peluh saya sendiri, bukan pemberian sesiapa. Saya kesal akhbar berkenaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak bertanya pada saya terlebih dulu mengenai faktanya. Saya memang tak mampu membeli kereta mewah berharga RM560,000.

“Kereta terpakai yang dibeli itu hanya berharga RM260,000. Saya beli kereta berkenaan untuk diri saya, itupun selepas mendapat bayaran iklan Fair & Lovely dan Inner Shine, selain bayaran berlakon dua filem. Saya kecewa apabila berterusan menjadi mangsa fitnah. Ada yang menuduh saya buat kerja tak baik untuk mendapat limpahan kemewahan. Ya Allah, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana penatnya saya bekerja siang malam untuk memiliki apa yang saya ada sekarang,” katanya.

image
Diana juga kecewa apabila ada yang menuduhnya menjadi pengunjung kelab malam dan mula meneguk arak.

“Saya hanya menjejak kaki ke kelab malam ketika diundang Majalah OK. Saya dipilih sebagai Miss Irresistable oleh pembaca majalah berkenaan. Itulah kali pertama dan terakhir saya menjejak kaki ke kelab malam, itu pun bersama mama saya. Lagi pun saya belum cukup umur untuk mengunjungi kelab malam. Saya akui sekali sekala saya bersama keluarga ke pusat karaoke keluarga untuk menghiburkan hati selepas penat bekerja,” katanya.

image

Menyentuh hubungannya dengan seorang kerabat diraja, Diana akui kebanyakan rakan baiknya adalah kerabat dan anak kenamaan kerana mereka bersekolah yang sama.

“Saya kenal ibu bapa mereka, begitu juga mama saya mengenali keluarga teman-teman rapat saya. Saya pun tak faham bagaimana timbul cerita saya menjalinkan hubungan dengan kerabat diraja. Usia saya baru 17 tahun dan hidup saya tidak sama seperti remaja lain. Mama seorang yang tegas dan tidak mudah untuk saya keluar rumah tanpanya atau pengawal peribadi.

“Saya tidak dapat memaafkan mereka yang melemparkan fitnah, mama menjual saya pada orang kaya. Sanggupkah seorang ibu melakukan perkara seumpama itu pada satu-satu anak yang dimiliki? Tentu tidak,” katanya dengan nada kesal.

Diana akui ibu masih bekerja sebagai ejen hartanah dan memiliki syarikat audit sendiri.

“Walaupun sibuk menemani saya, tetapi kerjayanya masih diteruskan. Kalau saya tidak berlakon sekali pun, mama mampu menanggung hidup saya. Selama ini, mama tak pernah mengharapkan sesiapa dan membesarkan saya seorang diri. Mama mampu mencari duit halal untuk menampung kehidupan kami.

“Cuma apabila saya bekerja, rezeki kami bertambah. Salahkah saya menanggung ibu saya yang selama ini bersusah payah membesarkan saya? Ada yang tak senang hati apabila saya berkongsi kemewahan dan menanggung mama saya. Kalau ikutkan hati yang sakit, saya mahu saja melupakan dunia lakonan dan menyambung pelajaran selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia saya diumumkan nanti. Tengoklah nanti bagaimana,” katanya.

Sabarlah Diana, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Mungkin ujian untuk Diana tidak sehebat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Ikutlah contoh Siti, apa juga tohmahan dan fitnah yang dilemparkan, Siti tetap cool menghadapinya, walaupun jauh di sudut hati hanya Tuhan saja yang tahu,

3 comments:

  1. Nak buat camna dik... itu life yang kau pilih... kenalah harungi semunya... tutup telinga aje!

    ReplyDelete
  2. kereta tu harganya rm560k oii... second pun dah masuk rm300k! mana logic sekadar lakon aje boleh beli mahal tu? logic tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu orang bagi pun xlogik ..... aduh....

      Delete

Tinggalkan Komen Anda Sini: