KETIKA cerita lucu ini sampai ke telinga Cik Normah, apa lagi berderailah ketawa Cik Normah dan rakan-rakan.
Malah ada yang sampai keluar air mata kerana tak tahan mendengar betapa ‘over’nya pasangan ini dalam menyambut kehadiran cahaya mata.
Memanglah kehadiran zuriat dalam rumah tangga sesuatu yang amat dinanti-nantikan.
Kalau boleh Cik Normah pun hendak melaluinya dan tidak dinafikan, mahu berkongsi satu dunia betapa bersyukurnya Cik Normah dan suami apabila akhirnya bergelar ibu dan bapa.
Menurut teman yang menyampaikan cerita ini yang kebetulan berada di lokasi kejadian memberitahu, ada seorang personaliti TV ini siap buat siaran akhbar semata-mata untuk memaklumkan yang dirinya sedang hamil. Dia boleh datang ke pejabat untuk menyerahkan siaran akhbar itu.
Aiyo! Tak fahamlah Cik Normah dunia selebriti ini. Ada yang cuba nak sorokkan kalau dirinya hamil, ada juga yang nak kongsi berita gembira itu kepada khalayak. Bagi Cik Normah, tak salah kalau nak umumkan berita kehamilannya tetapi biarlah dengan cara yang sesuai.
Ini tidak, siap buat siaran akhbar sekali. Nasib baik tak buat sidang media tergempar. Nampaknya, personaliti ini berjaya mencatat sejarah tersendiri dalam dunia hiburan tanah air kerana setakat ini belum ada lagi selebriti yang buat macam tu.
Jadi dengan kesempatan ini Cik Normah ingin mengucapkan tahniah kepada personaliti ini kerana berjaya bergelar ibu serta tahniah kali kedua kerana berani buat kerja macam itu. Cik Normah memang kagum.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: