KEBELAKANGAN ini kejayaan Anugerah Juara Lagu 23 (AJL 23) yang baru melabuhkan tirai minggu lalu masih menjadi bualan hangat termasuklah kisah Faizal Tahir yang membuat keputusan tiba-tiba nak berehat memberi tumpuan kepada keluarga dan kerja belakang tabir.
Perlu ke buat macam tu, pandai Faizal mencuri perhatian kegemilangan AJL 23 yang berlangsung dengan jayanya dan menerima pujian ramai. Ada mulut nakal mengatakan kalau Faizal menang Juara Lagu, tak mungkin dia akan membuat kenyataan itu. Tak kisahlah itu hak Faizal.
Oh ya... ini cerita hangat Cik Normah dengar daripada kawan Cik Normah bernama Donna Marcella yang tidak asing lagi dalam ruangan ini. Ada kisah di sebalik penyanyi baru yang pertama kali membuat persembahan di AJL23. Rupa-rupanya pakaian yang penyanyi itu pakai memang tidak dipersetujuinya sejak awal lagi iaitu ketika raptai dan latihan berlangsung.
Tapi disebabkan komposer lagu nyanyiannya yang berkeras nak suruh dia pakai, dia pun terpaksa akur. Malahan ketika raptai penuh berlangsung pun ada seorang pemuzik handalan yang menyuruh penyanyi itu menukar pakaian yang dipakainya.
Ala... patut pun Cik Normah tengok riak wajah penyanyi baru itu sewaktu membuat persembahan macam ada yang tak kena. Keras semacam dan kaku, iyalah kalau pakaian sudah sarat dan lari konsep dengan lagu yang dipersembahkan, apa nak buat. Kasihan juga apabila Cik Normah dapat tahu kisah ini, tak pasal-pasal, dia menjadi mangsa keadaan. Hissshh... letih akak dengar kisah macam ini, tolonglah.
Soal pakaian juga memang memainkan peranan penting bagi seseorang penyanyi nak buat persembahan. Kenapa perlu yang menyesakkan kalau yakin ia mampu membuatkan mana-mana penyanyi tidak boleh 'bernafas' dan berdiri dengan sendirinya di atas pentas.
Mungkin ini pengajaran dan pengalaman terbesar buat penyanyi itu untuk terus melayari dunia seni yang penuh onak dan duri.
macm Penyanyi Aiman jer...lagu dusta berkalang tu..
ReplyDeletekenapa tak pakai bra je masa nyanyi tu kn senang skit nk nyanyi
ReplyDelete