
KUANTAN - Tangan dan kaki beruang dijadikan hidangan Tahun Baru Cina!
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menumpaskan sindiket mengeksport haiwan dilindungi dan merampas 22 tangan dan 25 kaki beruang matahari yang dipercayai hendak dijadikan hidangan eksotik pada Tahun Baru Cina yang akan disambut hujung bulan ini.
Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd. Shariff berkata, turut dirampas ialah 319 ekor burung hantu yang siap disiang dan 2,330 ekor biawak tikus yang dikurung dalam 233 sangkar plastik.
Menurutnya, dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam kelmarin di sebuah bengkel kereta berhampiran tanah perkuburan di Jalan Bukit Ubi di sini, tiga lelaki berumur antara 30 hingga 54 tahun dipercayai anggota sindiket berkenaan telah ditahan.
"Haiwan dilindungi dianggarkan bernilai RM500,000 itu dipunggah ke dalam lori dan dipercayai hendak dieksport ke China," katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: