PERJALANAN karier penyanyi muda, Norayu Damit, 18, semakin cerah setelah menjuarai rancangan realiti One In A Million(OIAM) musim kedua.
Membawa pulang wang tunai bernilai RM1 juta, kini anak kelahiran Putatan, Sabah yang lebih dikenali sebagai Ayu ini boleh menarik nafas lega kerana penerbitan album sulungnya kini dalam proses.
Album yang dijangka dipasarkan tidak lama lagi ini membabitkan beberapa komposer terkenal seperti Ajai, Audi Mok, Aubrey Suwito, Anton dan Ika.
Ayu yang cukup popular dengan lagu Hanya Di Mercu begitu yakin dengan album yang dinanti-nantikan ini.
Perlu diingat, gadis yang pernah bercita-cita menjadi jururawat ini turut membelanjakan wang kemenangannya demi album yang dianggap pemberi jalan kepadanya untuk terus bertapak dalam dunia seni muzik tempatan.
“Saya membelanjakan wang kemenangan semasa OIAM dulu untuk lagu ini, selain membeli pelbagai kelengkapan seperti komputer riba dan pakaian persembahan,” ujar Ayu yang menambah semakin aktif di dunia siber untuk mendekatkan lagi dirinya dengan peminat.
Anak sulung daripada empat beradik ini juga gembira kerana tapak pembabitannya dalam dunia muzik kini boleh dikongsi dengan lebih ramai bakat baru dengan kemunculan OIAM musim ketiga.
Tidak menafikan turut teruja dengan penganjuran rancangan itu tidak lama lagi, dia yakin musim kali ini bakal menggali bakat lebih baik selain paparan yang dijangka dapat menarik lebih ramai penonton.
Ayu yang ditemui semasa pelancaran program penjimatan KadRia baru-baru ini turut berkongsi pengalamannya menggunakan produk itu.
Penyanyi itu yang menyertai KadRia setelah diperkenalkan memberitahu, dia turut membantu Kadria mempromosikan program yang dianggap membantunya berjimat.
“Saya turut membantu mempromosikan KadRia kerana ini satu kesempatan yang baik untuk semua melakukan penjimatan.
“Kini, pelbagai cawangan perniagaan turut menyertai KadRia, jadi selain berbelanja kita dapat berjimat secara bijak,” ujarnya pada majlis yang turut dihadiri Pengurus Projek KadRia, Amilludin Hatip.
Berkenaan program ini, KadRia membantu pengguna di Malaysia berbelanja dengan bijak kerana semakin banyak berbelanja, semakin besar peluang peserta memenangi hadiah dengan Kadria.
Dengan kos pendaftaran keahlian percuma seumur hidup, peserta berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan selain baucer menerusi program pengumpulan mata ganjaran menerusi pembelian yang dipanggil RiaPoint.
Menerusi beberapa langkah mudah, peserta berpeluang memanfaatkan penyertaan mereka bersama KadRia.
Untuk menyertai program istimewa ini, pengguna boleh mengisi borang yang terdapat di mana-mana cawangan perniagaan terlibat dengan KadRia dan perolehi kad berkenaan serta-merta selain mendaftar secara online menerusi laman web www.kadria.com.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: