Friday, January 23, 2009

Belum ada kata putus... Abby Abadi

abby-nangis.jpg

abby-ditinggalkan.jpg

norman-khalwat.jpg

SUKAR untuk Arbaeyah Abdul Manan atau Abby Abadi, 31, melupakan peristiwa pahit yang dilalui sepanjang tempoh melayari bahtera rumah tangga bersama Mohamed Norhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32.

Kes khalwat membabitkan Norman dan pelakon muda, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, pada 30 Oktober tahun lalu pasti sukar dikikis daripada ingatan.

Laporan Rap semalam memaklumkan kemungkinan Abby dan Memey digandingkan buat julung kali dalam filem Dimensi Cinta arahan Eddie Pak (Mohd Aliff Najmi Abdullah) yang dijadual memulakan penggambaran bulan depan menimbulkan pertanyaan banyak pihak.

Di sebalik kontroversi tercetus, apakah mereka sanggup digandingkan dalam filem itu? Memey dikatakan menerima tawaran berlakon filem itu sementara Abby bersama beberapa pelakon terkenal tanah air pula kelihatan hadir pada majlis pelancaran filem itu tahun lalu.

Abby ketika dihubungi untuk mengulas kehadirannya pada majlis berkenaan belum mengambil keputusan mengenai penyertaannya dalam filem itu.

“Setakat ini saya belum membuat perjanjian atau menanda tangani apa-apa dokumen. Saya juga tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.

“Buat masa ini berilah saya sedikit ruang untuk berehat dan melupakan sementara perkara yang berlaku. Sudah terlalu banyak sangat kenyataan yang dikeluarkan. Saya juga perlu memikirkan mengenai kehidupan, anak dan beberapa perkara yang perlu diselesaikan,” katanya.

Seandainya pelakon Gerak Khas itu menerima tawaran produksi Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) dengan kerjasama Syarikat Sunday To Sunday Services Sdn Bhd (STSS), di samping Memey dia dijangka turut bergandingan dengan Zizan Nin, Rozita Che Wan dan Hairie Othman.

Filem Dimensi Cinta dianggar membabitkan kos pembikinan sekitar RM1.8 juta, mengisahkan kegigihan wanita bernama Raja Soffhilea yang menemui kegagalan dalam perkahwinan tetapi sukses dalam perniagaan.

Dalam pada itu, produser filem itu Raja Norlela mengakui ada menjemput Abby menghadiri sidang akhbar filem itu.

“Abby hadir sebagai artis undangan pada majlis pelancaran filem itu. Begitupun pihak pengurusan belum membuat keputusan sama ada mengambilnya berlakon atau tidak.

“Bagaimanapun, kami tidak menolak kemungkinan menaruh minat untuk mendapatkan khidmat beliau seterusnya bekerjasama untuk projek yang lain pada masa hadapan. Pun begitu, saya belum berbincang dengannya,” katanya.

1 comment:

  1. aku paling xskela ngn norman ni..
    dhla dulu pnh wat onar skli..
    kali ni wat lagi..
    ape nk jdla ngn k0 ni norman..
    k0 xpuas is3 stu ke??
    abby tu dh ckp perfect dh pon..
    abby tbhkan atimu ye...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: