BARU-BARU ini Marilyn pergi berparti dengan kawan-kawan. Bukan parti buih ya.. Biasalah, kalau sudah melepak bersama rakan taulan, pasti pertemuan itu akan berlarutan hingga menjelang Subuh. Sampai sahaja di tempat meletak kenderaan di rumah Marilyn yang terletak berdekatan dengan ibu kota, Marilyn terlihat kelibat pasangan yang begitu mesra sambil berjalan berpimpinan tangan.
Cemburu jugalah Marilyn tengok aksi manja mereka.
Setelah diteliti betul-betul, barulah perasaan bahawa lelaki itu adalah pelakon yang wajahnya sering muncul menerusi drama-drama hebat dalam hampir semua stesen TV tanah air.
Kalau Marilyn sebut nama dia, pasti ramai yang mengenali lelaki itu. Barangkali Marilyn percaya ada antara gadis-gadis di luar sana yang menggilai lelaki dengan sikap jantan dan senyuman manis itu.
Cuma yang peliknya, setahu Marilyn, pelakon lelaki itu belumpun mendirikan rumah tangga. Tetapi kenapa dia jalan bagai pasangan yang sudah mendirikan masjid dan punya ikatan sah.
Marilyn sekadar perhatikan gelagat mereka hingga bayangan pasangan itu hilang, memasuki pintu lif. Bukannya Marilyn hendak fikir bukan-bukan tentang aktor itu, tetapi tidak manis rasanya kalau awak lakukan perangai yang tidak elok di depan khalayak dan jiran tetangga.
Sah-sah awak itu dikenali ramai dan selalu membawakan karakter yang baik-baik dalam drama. Hakikatnya di luar set penggambaran, awak ibarat lelaki yang sungguh berfikiran terbuka hingga boleh bawa balik teman wanita ke rumah.
Sekali dua mungkin awak masih terselamat. Mana tahu suatu hari yang indah kelak, ada pihak berkuasa datang cekup. Siapa yang susah? Fikir-fikirlah sendiri!
![]() |
| |
Marilyn: Bercinta juga, namun masih waras untuk berfikir baik dan buruk.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: