Tuesday, January 20, 2009

Artis rimas dengan peminat

alt
Mangga Muda turut diundang ke Anugerah Juara Lagu di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Januari 2009 lalu.

Selepas majlis selesai Mangga Muda pulanglah dan tak join post party sebab tak ada pas untuk masuk ke dalam ruang makan-makan bersama tetamu jemputan dan artis-artis.

Bukanlah orang TV3 tak ajak... ada juga dia orang tanya, nak masuk tak ke tempat itu, tapi Mangga Muda kata tak nak. Mangga Muda tak nak sebab Mangga Muda datang bersama dua lagi kawan. Nanti orang kata kita bawak banyak beg tangan pulak dan takut sarat tempat tu nanti.

Masa keluar tu ada jumpa peminat yang nak mengadu tak puas hati tengok gelagat Zizie Ezzette semasa lalu di red carpet.

"Saya tengok Zizie macam rimas apabila tengok ramai peminat di tepi laluan itu. Nak tahu apa dia buat... dia buat-buat sibuk menjawab telefon sambil berjalan, walhal dia tak bercakap dengan sesiapa pun.

"Bila tengok dia sibuk dengan telefon bimbitnya tak adalah peminat nak menegur atau minta berhenti untuk bergambar.

"Kalau tak suka dengan suasana macam tu baik tak payah datang," kata peminat yang memperkenalkan diri sebagai Cik Rose kepada Mangga Muda.

Namun Cik Rose mengakui Zizie nampak cantik malam itu dan timbul juga hasrat nak mengabadikan gambar bersama. Tapi apakan daya, apabila tengok Zizie malas nak melayan peminat, terus Cik Rose lupakan hasrat tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: