Wednesday, January 14, 2009

Artis Lelaki Pun Dapat Hadiah Mahal Jugak!

KUALA LUMPUR - Ketika banyak pihak menyangka hanya pelakon wanita berpeluang menerima hadiah istimewa daripada peminat atau keluarga tersayang, artis lelaki juga tidak kurang hebatnya.

Penyanyi muda, Gadaffi Ismail atau Dafi, 20, memberitahu, hadiah istimewa yang pernah diterimanya berupa sebuah kereta kompak Suzuki Swift 1.6 Sport Edition berharga kira-kira RM105,000 pemberian bapanya iaitu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum itu, katanya, dia juga pernah menerima hadiah sebuah kereta Perodua Kelisa berharga RM40,000 juga pemberian keluarganya.

"Setelah menjadi anak seni, saya belajar sendiri untuk mencari duit, menabung dan menggunakan wang yang diraih untuk perkara kebaikan," kata Dafi kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Adam AF2 pula menafikan kereta Nissan Fairlady Z350 berharga melebihi RM200,000 yang dipandunya merupakan hadiah daripada seorang kenamaan berpangkat Datuk.

Bagaimanapun, dia tidak menolak pernah menerima hadiah bernilai RM15,000 iaitu berupa sebuah gitar elektrik berserta sistem audio pemberian sebuah keluarga yang meminatinya kira-kira empat tahun lalu.

Pelakon kacak dan tinggi lampai, Awal Ashaari, 27, juga tidak terkecuali ada pengalaman manis mendapat hadiah berupa seutas jam tangan mewah berharga berbelas ribu ringgit yang dihadiahkan oleh seorang janda.

"Terkejut juga saya apabila menerima hadiah itu, namun setelah memikirkan niat tersembunyi daripada wanita itu, maka dengan pantas saya memulangkan semula pemberian tersebut," akui Awal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: