Friday, January 23, 2009

Aksi Jenifer, suami memikat


MAJLIS Neighborhood Ball yang diadakan sempena pelantikan Obama itu dikatakan tercemar sedikit apabila Jennifer Lopez dan Marc Anthony dilaporkan tiba lewat.

Pastinya perkara seperti itu patut dielakkan memandangkan ia bukan satu perkara yang bagus buat tetamu yang sedang meraikan presiden baru, apatah lagi pasangan ini dijadualkan muncul di pentas untuk menghiburkan mereka.

The New York Post melaporkan timbul cerita mengatakan pasangan yang mempunyai anak kembar, Max dan Emme Anthony berhadapan masalah untuk masuk ke majlis yang dianjurkan kerana pintu sudah ditutup sebaik saja presiden datang.

Walaupun tiba lewat Jennifer dan suaminya muncul di pentas Western Ball untuk menghiburkan tetamu dengan jayanya dan kelihatan berkucupan sebaik saja selesai mengadakan persembahan.

Melihat kemesraan mereka itu ia sekali gus menidakkan gosip yang dilaporkan akhbar Chicago Sun-Times sebelum ini yang menyatakan pasangan suami isteri merancang untuk bercerai pada sambutan Hari Kekasih nanti.

Apabila perkara itu ditanya kepada Jennifer dalam nada gurau dan menyindir berkata, mungkin lebih baik sekiranya dia tidak langsung memakai cincin perkahwinannya dan membuat pengumuman mengenainya sebelum hari kekasih pada 14 Februari.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: