Buku bertajuk What Your Teacher Didn’t Tell you Vol. 1 menghimpunkan syarahan-syarahan umum Dr. Farish A. Noor.
|
|
himpunan tulisan-tulisan beliau.
Walau dengan apa pun sandaran latar belakang penyataan itu dibuat, kita sendiri masih boleh bersekongkol dengan pandangan beliau untuk merenung sejarah di tempat sendiri.
|
|
Biasanya, hal-hal yang tidak digemari dan dianggap tidak menyenangkan akan cuba diluputkan daripada mana-mana penulisan sejarah arus perdana.
Begitu juga dengan perkara-perkara yang kononnya dirasakan baik dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu akan direka, diwujudkan sebagai mitos-mitos dengan harapan orang akan mengingati sesuatu perkara itu dengan terang. Walaupun kesahihan hal-hal itu sebenarnya wajib diragui.
Bagaimana untuk mengetahui hal-hal sejarah yang datang daripada pelbagai sumber itu? Hanya ada satu jawapan saja mungkin duduk menelaah sumber-sumber tulisan dan artifak sejarah yang ada.
Dialog akademik
Itulah yang dilakukan oleh penulis buku ini, Dr. Farish A. Noor yang kini bertugas sebagai Fellow Kanan Sekolah Kajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.
|
|
Ideanya cuma satu barangkali membawa syarahan-syarahan dan dialog akademik keluar dari kampus dan dikongsi bersama masyarakat umum dan sesiapa saja yang berminat. Buku ini merupakan himpunan syarahan-syarahan umum beliau di Galeri Annexe sepanjang tempoh tersebut.
Farish mencatatkan perkara penting dalam prakata buku itu. "Semua syarahan ini disampaikan di Pasar Seni kerana satu sebab, akademia tidak seharusnya terbatas di kampus sahaja. Bagi saya, ruang sosial dan awam menjadi amat penting untuk menjana pengetahuan dan pengalaman."
Sejarah-sejarah kuno
Dalam buku ini, skop sejarah terutama sejarah Melayu, dibincangkan dengan lebih luas oleh penulisnya. Ia merangkumi pemerhatian dan penemuan kajian akademik beliau terhadap isu-isu budaya, sosial dan politik Melayu-Nusantara.
Hal itu barangkali dilihat oleh Farish sebagai satu lapangan yang kerap diabaikan atau dibuat-buat lupa oleh orang ramai. Kalau pun tidak, umum memang tidak pernah mengetahui asal-usul sesuatu perkara yang masih wujud hari ini, yang mungkin hanya sebatas permukaannya saja, tidak kepada pengetahuan tentang teras sesuatu permasalahan itu.
|
|
Beliau membawa semula pembaca merentas masa dan pulang ke hari-hari awal sewaktu keris terawal dipercayai dicipta. Dengan membaca tulisan-tulisan itu, kita berasa seperti melihat satu dimensi baru yang lebih lapang. Selain menawarkan sudut pandang alternatif yang lebih segar dan tidak beremosi melulu.
Selebihnya, ia meninggalkan kita untuk merenung sendiri dan menilai apa yang sedang berlaku sebenarnya dan apa yang cuba disampaikan oleh tulisan berkenaan. Selepas meneliti sudut pandangan beliau tentang sejarah, kita juga tidak keberatan untuk menikmati dan memahami sejarah.
Buku ini juga mungkin merupakan sebuah buku dengan pakej paling menarik yang pernah dihasilkan oleh Matahari Books. Dengan reka letak dari kulit ke kulit yang kemas dan anggun, disertai pula dengan penggunaan kertas kitar semula yang cantik, ia segera menambat hati.
Sama ada mahu memiliki buku tersebut untuk dibaca, atau sekadar dibuat koleksi di rak buku kerana penampilannya, itu terserah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: