Tuesday, December 29, 2009

Flat hodoh bakal berubah wajah - M250 juta untuk baiki persekitaran perumahan awam


KERATAN Kosmo! 24 November 2009.




KUALA LUMPUR - Kira-kira 60,000 unit rumah flat di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan awam milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di ibu negara yang sebelum ini berwajah hodoh dan kusam bakal kembali ceria tidak lama lagi.

Ia ekoran keputusan drastik Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang memperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk mengatasi masalah flat hodoh, tidak menarik dan kotor sehingga menjejaskan imej ibu negara.

Menterinya, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata, melalui peruntukan itu, flat PPR dan perumahan awam milik DBKL akan diperindahkan kembali termasuk bangunan-bangunan usang yang akan dicat semula.

"Dengan peruntukan berkenaan, flat-flat yang usang dan kotor akan dimajukan semula serta dinaik taraf.

"Bagaimanapun, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan DBKL," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah mendap di Taman Ceupacs, Segambut di sini semalam.

Raja Nong Chik berkata, peruntukan itu bagaimanapun hanya melibatkan PPR serta perumahan awam milik DBKL dan tidak meliputi flat milik persendirian atau yang dikendalikan pemaju swasta.

2 comments:

  1. Membazirkan wang orang ramai sahaja! >.<

    ReplyDelete
  2. buat apa nak buat cantik2 jika mentaliti penduduk mcm binatang berak merata2....

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: