Tuesday, December 29, 2009

27 didenda laga murai


BURUNG murai turut menjadi pertaruhan kepada kaki judi.




KUALA LUMPUR - Hobi sekumpulan 27 orang berjudi dengan melaga dua ekor burung murai berakhir dengan kesemua mereka disabitkan dengan kesalahan menganiaya binatang dan didenda RM130 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Kesemua tertuduh yang berusia 27 hingga 71 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di dua mahkamah di sini iaitu di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin dan Abdullah Siddiq Mohd. Nasir.

Majistret di kedua-dua mahkamah itu kemudian mengarahkan kesemua tertuduh dipenjara tiga bulan jika mereka gagal membayar denda.

Bagaimanapun, kesemua 27 orang tertuduh membayar denda masing-masing.

Sebelum pertuduhan dibacakan, kebanyakan warga emas tersebut kelihatan murung dan bimbang dengan hukuman namun riak wajah mereka bertukar lega apabila hanya dikenakan hukuman denda RM130 setiap seorang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 44(1)(g) Ordinan Binatang 1953 kerana menganiaya binatang dengan menyebabkan dua ekor burung murai berlaga atau berlawan di Kelab Rekreasi Peminat Burung Jinjang, No. 11887, Jalan 3, Jinjang Utara Tambahan di sini pada pukul 9.30 pagi 13 Disember lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: