BUKANLAH sesuatu mengejutkan apabila pelakon wanita Indonesia sanggup beraksi terlampau hingga separuh bogel di layar perak, tetapi keberanian pelakon Tamara Bleszynski, 35, mendedahkan tubuhnya dengan berbikini dalam filem terbarunya, Air Terjun Pengantin mendapat perhatian luas. |
Pelakon kelahiran Jakarta pada 25 Disember 1974 dan memeluk Islam apabila berkahwin dengan Tengku Rafly Pasha, ahli perniagaan dari Acheh pada 1 Disember 1997, dikatakan sanggup tayang tubuhnya kerana mengejar bayaran lumayan.
Dalam filem arahan Rizal Mantovani itu, Tamara yang popular di Malaysia menerusi drama bersiri Hikmah dan pernah membintangi filem arahan Yusry Abdul Halim, Cicak-man 2: Planet Hitam, tampil berbikini merah jambu pada awal filem kemudian bergaya seksi di atas kapal dengan bikini hitam.
Pelakon berdarah Sunda-Poland ini nyata tidak ragu-ragu menerima lamaran daripada produser filem itu, Ody Mulya kerana pengarahnya adalah teman baiknya sendiri.
Katanya, dia juga sudah berbincang dengan keluarga apabila dimaklumkan ada babak memerlukannya tampil berbikini. Dengan sinis, Tamara yang berpisah secara rasmi dengan suami pada 1 Februari 2006 mempersoalkan sama ada ada pihak yang tersinggung atau terluka jika dia tampil lebih dari biasa.
Apapun, ibu kepada Tengku Rasya Islamy Pasha ini berkata, dia tetap sedar risiko yang harus dipikulnya dan bersedia terima apa saja cemuhan orang.
"Sejujurnya, bukan mudah untuk saya berbuat demikian sebaliknya ia menuntut persediaan fizikal. Untuk babak itu, saya harus berjemur di pantai. Walaupun memakai losyen pelindung matahari, kulit saya tetap terbakar.
"Saya juga melakukan latihan fizikal seperti bertinju, renang dan angkat berat lima hari seminggu dari Isnin sampai Jumaat. Malah, saya mendapatkan khidmat nasihat dari pakar pemakanan untuk menurunkan berat badan.
"Kalau bayaran yang saya terima lebih besar, Alhamdulillah kerana ia memang wajar dengan segala persediaan yang dilakukan. Tapi saya tidak mahu mendedahkan berapa bayaran yang diterima kerana itu sulit. Kalau mahu tahu juga, tanyakan saja pada produser," katanya.
Pelakon yang popular menerusi sinetron Ramadhan, Hikmah dan Doa Membawa Berkah ini berkata, dia menganggap hanya menjayakan karakter yang kebetulan seksi dan bukan sengaja menpamerkan tubuh untuk tatapan penonton dalam Air Terjun Pengantin.
|
"Yang meminta Tamara ialah Ody dan kebetulan saya mengenali Tamara. Apabila tahu saya yang mengarahkan filem ini, Tamara terus setuju kerana dia memang cerewet soal sutradara. Tapi saya bersetuju dengan pemilihan Tamara kerana lakonannya memang bagus.
"Untuk watak ini juga memerlukan seorang yang kuat fizikal kerana dalam filem ini memerlukan dia berlari ketika dikejar pembunuh psiko.
"Mengenai Tamara memiliki tubuh seksi, itu adalah satu bonus kerana watak ini perlu paparkan banyak bahasa tubuh. Tapi Tamara percaya dengan saya bahawa babak bikini itu tidak akan ditampilkan dalam bentuk porno," katanya.
Air Mata Pengantin adalah penampilan pertamanya selepas lama menyepi. Sejak gosip dirinya dengan model Mike Lewis dan juga Yusry diperkatakan, Tamara atau nama sebenar, Tamara Natalia Christina Mayawati Bleszynski, mengambil keputusan berehat buat sementara.
Tamara juga enggan melayan kontroversi mengenai pengedaran gambarnya berbikini di Internet, begitu juga gambar mesranya dengan Mike.
Katanya, dia tidak mampu mengawal perbuatan orang lain dan kalau ada yang menyalahgunakan gambar itu dengan mengedarkannya di Internet, itu semua di luar kemampuannya. Begitu juga penyebaran gambarnya bersama Mike yang dikatakan dalam keadaan begitu mesra.
Akui Tamara, dia sendiri belum berpeluang melihat gambar itu dan tidak tahu sejauh mana bentuk kemesraan dipaparkan. Katanya, hubungannya dengan Mike seperti air yang mengalir dengan muara yang belum jelas.
Mengenai calon suami, Tamara menetapkan beberapa kriteria antaranya pandai berjenaka dan menerima status dirinya seadanya.
Kata Tamara, kalau ditanpa apakah Mike ada memenuhi ciri-ciri yang diinginkannya itu, apa yang mampu dikatakannya kini ialah dia dan Mike masih mengenali hati budi.
"Saya kini sedang membuat pertimbangan apakah secocok dengan Mike. Keyakinan saya pada Mike buat masa ini 50-50, tetapi hubungan kami memang rapat selepas kami sama-sama menjayakan penggambaran FTV, Kau Untuk Aku, Bukan Untukmu. Di situlah saya mengenalinya lebih jauh. Bagi saya Mike baik, matang dan membuat saya ingin mengenalinya lebih jauh," katanya.
Apapun kata Tamara, buat masa ini dia belum berfikir untuk mengakhiri hubungan mereka ke jenjang pelamin. Katanya, sesuatu yang terlalu dirancang atau disasarkan selalunya sering meleset yang akhirnya boleh membuatkan sakit hati.
"Kami sama-sama menikmati hubungan baik ini. Yang pasti, Mike membuat saya bahagia," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: