WELLINGTON - Tiga orang diberikan bantuan menyelamat selepas mereka terhidu asap berikutan kebakaran di bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini semalam.
Jurucakap Komunikasi Bomba berkata, tingkat bawah bangunan itu yang terletak di pinggir Brooklyn sedang terbakar apabila kakitangan bomba tiba.
Tiga jentera bomba dihantar ke tempat kejadian pada pukul 5.15 petang waktu tempatan.
Namun kebakaran itu dapat dipadamkan dengan segera.
Menurut Pengurus Komunikasi Bomba, Mike Wanoa sebanyak tiga orang dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Setakat ini punca kebakaran masih belum diketahui.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: