BUKAN membawa diri atau menemui cinta baru, tetapi sebenarnya selebriti terkenal Sarimah Ibrahim memilih berlibur ke Dubai untuk menyambut tahun baru sekadar menghilang penat setelah lama bekerja.
Melunaskan tugas sebagai hos program, 'The Biggest Loser Asia' yang kini sedang ditayangkan di saluran Hallmark Astro, bukan sesuatu yang mudah.
Menurut Sarimah, dia gembira melihat hasil yang ditunjukkan setelah setiap peserta program 'The Biggest Loser' yang menampilkan 30 peserta daripada pelbagai negara Asia.
"Saya mengambil peluang berehat seketika di Dubai untuk berjumpa kawan-kawan lama dan kenalan keluarga yang sedang bercuti di tempat yang sama," kata selebriti yang mendapat pendidikan Diploma Psikologi dari Kolej Inti, Subang Jaya.
Baru-baru ini Sarimah mendapat penghormatan terpilih menjadi penghias muka depan majalah 'Readers Digest' keluaran terbaru.
"Saya begitu teruja melihat cover majalah itu. Ia satu penghargaan yang tidak terhingga kepada seorang artis tempatan seperti saya," kata Sarimah.
Artis yang selalu membawa penampilan diri yang menarik ini, memberitahu yang dia baru sahaja menubuhkan Sarimah Sdn Bhd beberapa bulan yang lalu. Kini laman facebooknya juga ada pautan ke www.sarimahonline.com, di mana peminat dan media dapat berinteraksi dengan pengacara popular ini dengan lebih dekat.
"Saya sudah lama impikan untuk membuka sebuah production house. Saya juga bercita-cita untuk menjadi pengacara program masakan atau kesihatan dan saya ada buat beberapa perancangan untuk tahun hadapan, antaranya kem motivasi melalui seminar," kata aktres berusia 31 tahun.
Pengacara, pelakon, penyanyi ini, yang pernah membintangi filem Puteri Impian 2, Janji Diana, MX3 dan Gerak Khas The Movie 3, juga menyimpan azam tahun baru agar dapat mencipta nama sebagai instruktor pilates yang bertauliah.
Bagi anak kelahiran Dublin, Ireland yang kini sedang giat mengikuti kursus 'advanced stott pilates', berkata, senaman pilates amat penting bagi keseimbangan anatomi badan.
Katanya lagi, kaedah senaman ciptaan seorang Jerman bernama Joseph Pilates pada 1920, sangat berkesan.
Mungkin ramai orang di Malaysia masih tidak kenal apa itu pilates. Senaman pilates ini sebenarnya adalah kaedah atau gerakan-gerakan pilates dengan ilmu anatomi tubuh bagi tujuan kesihatan.
"Latihan Pilates berguna untuk membangun kekuatan otot-otot yang lemah, yang selalu terjadi akibat kebiasaan buruk seseorang dalam beraktiviti sehari-hari seperti berdiri, berjalan, duduk, bergerak atau kecelakaan dan lain-lain," kata aktres yang kini berstatus janda ini.
Katanya lagi, "Senaman ini akan membuat otot-otot badan melakukan gerakan-gerakan yang diimbangi dengan pernafasan yang baik melalui pilates."
Malah, tidak mustahil satu hari nanti Sarimah akan menjadi instruktor pilates bertauliah kerana ia adalah satu profesion yang baik.
"Seorang instruktur pilates yang berijazah mempunyai masa depan yang cerah. Kaedah pilates ini boleh membantu mereka yang bertubuh lemah ataupun orang yang dalam masa pemulihan ataupun rehabilitasi hinggalah ke mereka yang menderita osteoporosis.
"Mungkin ia belum begitu popular lagi di sini tetapi sedikit masa lagi, ia akan jadi satu trend," kata Sarimah yang berhasrat mengeluarkan sebuah album baru tahun depan.
Ketika ditanya tentang teman baru, Sarimah dengan nada ceria berkata, dia masih 'solo' dan "lebih senang hidup sendiri buat masa ini."
"Lebih baik saya berusaha mendapatkan 'black belt' dalam karate. Hati saya masih tertutup untuk bercinta lagi buat masa ini," kata penyanyi yang pernah popular dengan lagu-lagu popular Kini Kau Tiada (Now That You're Gone) dan Damai.
makin mencurah2 rezekinya selepas bercerai yaa..alhamdulillah..tp,penampilan tu hrap2 berubah la nti..tmbah ayu dan mnis kalo bertudung dan berpakaiaan sopan.. :)
ReplyDeleteSarimah, dia ok. Badan dah kurus sekit. hahaha
ReplyDeleteHappy that David Gurnani is the very first Biggest Loser Asia. He walked away with US$100,000 (RM350,000) and a Renault car. Who will be next ?