Tuesday, December 29, 2009

Fahrin cekal, tetap tetap semangat teruskan kerjaya



Kisah cinta antara Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya sudah pun menemui titik noktahnya. Namun, masih terselit pelbagai persoalan sehingga mereka dihujani pelbagai kontroversi.

Dikatakan punca putusnya kisah cinta mereka adalah kerana kehadiran Awal Ashaari yang menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta mereka. Walaupun kenyataan itu tidak keluar daripada mulut Fahrin sendiri, tetapi Scha dan Awal telah menafikan perkara itu.

Lebih parah apabila Awal dan Scha masing-masing telah memberi kenyataan dalam laman Twitter yang mana telah ‘menuduh’ Fahrin dengan mengatakan pengacara dan pelakon ini seorang yang kaki pukul dan seorang yang panas baran.

Fahrin ketika dihubungi dalam nada sangat tenang memberikan kenyataannya berhubung perkara tersebut.

“Beginilah, sebenarnya sudah malas nak komen apatah lagi hal sebegini. Sebenarnya perkara ini sudah lama. Sejak awal lagi apabila retaknya cinta saya, saya tidak pernah mengaitkan apatah lagi menuduh sesiapa.

“Saya hanya memberikan kenyataan umum sahaja. Saya tidak suka dan itu bukan cara saya untuk menjatuhkan orang lain. Cuma di sini, saya ingin bertanya mengapa ‘dia’ pula boleh terasa hingga tergamak memberi kenyataan sebegitu?

“Mengapa perlu mengaibkan saya? Tapi nak buat macam mana. Saya terima apa sahaja tohmahan yang dilemparkan terhadap saya. Saya tak perlu nak memberi apa-apa kenyataan.

"Biar Tuhan sahaja yang membalasnya,” katanya yang percaya setiap apa yang dilakukan pasti ada balasan.

Katanya, walaupun agak pedih untuk melalui perkara-perkara begini dalam hidupnya, namun Fahrin tidak patah semangat dan akan tetap meneruskan kerjayanya.

“Saya yakin dengan semua ketentuan Yang Maha Esa. Jika saya bersalah, pasti saya terima dan begitu juga orang lain. Tuhan cukup adil," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: