|
|
Katrina mengakui saat dia mula menonton filem Twilight, mata Robert membuatkan hatinya menjadi cair.
"Selepas terpesona dengan mata Robert sejak itu saya terus menggilai jejaka dan cerita itu. Bayangkan saya sudah pun memiliki kesemua empat buah buku kisah puntianak itu iaitu Twilight, New Moon, Eclipse and Breaking Dawn.
"Malah saya sudah membaca buku itu beberapa kali," ujar Katrina teruja.
Namun, terbaru Katrina kini mungkin tidak boleh tidur lena apabila dikatakan akan bertemu dengan Robert dalam satu majlis di London minggu depan.
Walaupun Katrina sehingga saat ini masih belum membuat pengakuan lanjut yang dia akan bertemu puntianak kacak itu, namun beberapa sumber mengesahkan yang Katrina sudah pun menghubungi ejen Robert untuk mengatur perjumpaan tersebut.
"Sudah tentu saya tidak boleh duduk di tepi tingkap sambil mengharapkan Robert akan menegur saya. Jadi saya perlu membuat sesuatu untuk memastikan perjalanan saya ke London nanti tidak sia-sia," katanya kepada Times India.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: