Tuesday, December 29, 2009

UniMAP larang pelajar naik ekspres malam


KERATAN Kosmo! 27 Disember 2009.


KAMARUDIN


ARAU - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mengeluarkan arahan tidak membenarkan pelajarnya menaiki bas ekspres terutama bagi perjalanan jauh ketika waktu malam pada masa terdekat.

Arahan tersebut adalah susulan daripada kemalangan maut sebuah bas ekspres dekat Plaza Tol Jelapang (arah selatan), Sabtu lalu yang mengorbankan dua orang pelajar UniMAP.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, pihaknya melaksanakan dasar itu ke atas pelajarnya berikutan perkhidmatan bas ekspres yang dilihat masih tidak selamat pada waktu berkenaan.

Katanya, pihaknya melalui Pengarah Pembangunan Belia UniMAP akan melakukan sesi penerangan kepada para pelajarnya mengenai dasar berkenaan pada masa terdekat dan langkah membantu pelajar mendapatkan pengangkutan sekiranya ingin pulang ke kampung halaman.

"Kami menggalakkan pelajar menaiki bas pada waktu pagi dan petang sahaja kerana waktu itu keadaannya cerah berbeza pada waktu malam yang mungkin pemandunya terdedah dengan sindrom mengantuk.

"Saya sendiri pun rasa tidak sedap hati apabila para pelajar ini pulang ke kampung menaiki bas tengah malam. "Kadangkala kita boleh lihat bas dipandu laju pada waktu itu di lebuh raya," katanya pada sidang media di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: