Tuesday, December 29, 2009

Pinggan pecah petanda buruk


PASUKAN penyelamat meneruskan operasi mencari Amirul Haikal di Pantai Jeti Sura di Dungun.




DUNGUN - Seorang wanita tidak menyangka pinggan yang dipegangnya tiba- tiba terjatuh dan pecah semasa sedang menggoreng lauk tiga hari lalu merupakan petanda kejadian buruk yang akan menimpa dua orang cucunya.

"Selepas kejadian pinggan pecah itu, saya rasa tidak sedap hati kerana kalau kata orang tua-tua dulu, jika pinggan dalam pegangan tangan kita jatuh itu petanda sesuatu yang buruk akan berlaku," kata Dolha Mohamad, 60, nenek kepada Ahmad Amirul Hafiz Jaafar dan Ahmad Amirul Haikal, kedua-dua berumur sembilan tahun yang hilang dihanyutkan ombak besar ketika bermain di laut di Pantai Jeti Sura di sini petang kelmarin.

Ketika ditemui di rumahnya di Jalan Pantai Sura Jeti, 100 meter dari kawasan kejadian, Dolha berkata, sebelum kejadian, kedua-duanya itu bermain guli bersama tiga rakan yang lain di belakang rumah selepas belajar mengaji.

"Kemudian saya keluar ke kedai dan apabila menyedari datuknya sedang bersembahyang, mereka mengambil kesempatan mengajak kawan-kawan pergi ke pantai.

"Tidak lama selepas itu, saya diberitahu oleh jiran yang kedua-dua cucu saya itu lemas," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: