Tuesday, December 29, 2009

Rumah Dr. Rosli, Ilyani dikepung - Pasangan nikah terlarang langgar perintah mahkamah supaya tinggal berasingan



KOTA BHARU - Kediaman bekas pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Kelantan, Dr. Rosli Allani S. Abdull Kadir (gambar), 35, kecoh petang semalam apabila dikepung oleh keluarga isteri keduanya, Ilyani Mohd. Noor, 30, selepas mereka didapati masih duduk bersama sedangkan mahkamah memerintahkan mereka tinggal berasingan.

KERATAN Kosmo! 22 Disember 2009.

Hampir 20 ahli keluarga Ilyani mengerumuni rumah teres dua tingkat di Lorong Masjid Mustakim, Kampung Telipot, Jalan Sultan Yahya Petra dekat sini. Kepungan itu diketuai oleh bapa Ilyani, Mohd. Noor Che Man.


Mohd. Noor, 58, berkata, mereka berbuat demikian selepas diberitahu pasangan tersebut masuk ke rumah itu selepas pulang dari Kuala Lumpur.

Katanya, mereka terpaksa mengepung rumah itu kerana pasangan berkenaan jelas telah melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 21 Disember lalu supaya tinggal berasingan atau mufarakah.

"Saya mendapat maklumat mereka berada di sini kira-kira pukul 10 pagi selepas dilihat pulang dari Kuala Lumpur dan kami terus ke sini untuk menyiasat tetapi tiada sesiapa.

1 comment:

  1. apa la mamat ni..dah la amik anak orang tanpa restu mak bapak dia..pastu bapak mertua datang buat bodoh je pulak tu..siap lari lagik..penat2 mak bapak pompuan tu besau kan dia, sedap2 je ko bawak kawin lari..cilako!!esok2 anak pompuan dia pun buat dia mcm tu..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: