KOTA BHARU - Biarpun Kelantan dilanda musim panas yang melampau namun hasil pengeluaran tembikai wangi, Apollo dan Puteri Kencana di Projek DiRaja Kampung Banggol tidak terjejas.
Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan, Fauzi Mohamed berkata, beliau menjangkakan antara 500 hingga 600 metrik tan (MT) buah-buahan tersebut dapat dikutip pada  musim ini melibatkan 24 hektar penanaman.
“Tahun ini seperti sedia maklum kita dilanda El Nino, tetapi Alhamdulillah rezeki orang di sini, walaupun cuaca panas dengan keadaan tanah yang berpasir  pengeluaran  nampak banyak kali ini,” katanya kepada media, hari ini.
Beliau turun padang bersama media meninjau proses jual beli hasil tanaman di Kampung Banggol antara pemborong yang dilantik.
Fauzi berkata, hasil pengeluaran yang memberangsangkan itu juga dibantu berdasarkan inisiatif 29 penanam di kawasan it
“Di sini setiap peserta ada punca air sendiri, tidak ada masalah.  Tembikai wangi ini bila  cukup air  pengeluaran akan baik,” katanya.
Tambahnya, pada hari pertama sahaja pihaknya membeli sebanyak 114 MT daripada 13 penanam, manakala hari ini dijangkakan 100 MT berjaya dibeli.