KAMPUNG RAJA - Terengganu bakal melahirkan 50 ilmuwan Islam dalam tempoh 12 tahun akan datang selepas pelajar yang sedang mengikuti pengajian perintis Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab tamat dalam tempoh itu nanti.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 50 pelajar sulung yang sedang mengikuti program perintis pertama di negeri ini di Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut akan tamat sepenuhnya pengajian mereka selama 12 tahun termasuk memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Menurutnya, melalui program tersebut pelajar yang terlibat akan menduduki Sijil Tinggi Pengajian Pengajian Agama Islam seterusnya melanjutkan ke peringkat tertinggi di universiti ditetapkan dalam bidang Sains dan Agama.
“Peringkat permulaan projek perintis ini dibuka sebanyak dua kelas dengan bilangan pelajar seramai 25 orang satu kelas dan mereka akan belajar dalam bidang sain.
“Dalam bidang agama mereka akan belajar dan mendalami Kitab Turah atau kitab-kitab lama dan keseluruhan program selama 12 tahun sehingga mereka tamat pengajian dalam peringkat PhD dengan pembiayaan kerajaan seterusnya ditawarkan berkhidmat di Terengganu.
“Kenapa kita lahirkan bakal ulama ini hari ini kerana penguasaan ilmu Islam amat terbatas sehingga memaksa kita merujuk kepada bulan Islam tetapi dengan adanya ulama rabbani yang menguasai bidang duniawi dan ukhrawi permasalahan umat Islam dapat diselesaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Al-Syahadah Al-Ulul Albab di SM Imtiaz Besut dekat Bukit Keluang di sini malam Sabtu lalu.
Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong serta wakil rakyat di daerah Besut.
Menurutnya, objektif utama program yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najid Razak pada tahun lalu itu adalah untuk melahirkan seramai mungkin ulama yang bukan sahaja menguasai bidang agama tetapi pakar dalam bidang Sains mahupun teknologi.
Dalam perkembangan lain Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menawarkan potongan sebanyak 50 peratus kadar sewa hotel sepanjang program jelajah pendakwah ulung, Dr Zakir Abdul Karim Naik bermula 10 April ini.
Menurutnya, tiga buah hotel milik kerajaan negeri yang menawarkan diskaun hebat itu ialah Primula Beach Resort, Hotel Permai dan Duyong Marina Resort.
“Respons yang kita peroleh ramai dari negeri lain yang menyatakan untuk datang menyaksikan diskusi agama oleh tokoh agama terbilang itu yang diadakan di empat lokasi di negeri ini.
“Kerajaan negeri beri potongan harga bagi menyokong program ilmu dan agama ini agar lebih ramai rakyat dari segenap pelosok di negara ini berpeluang menyaksikan tokoh yang telah mengislamkan orang bukan Islam dalam siri diskusinya,” katanya.
Menurutnya, kunjungan pendakwah kelahiran Mumbai, India itu atas jemputan peribadi beliau dalam satu pertemuan yang tidak disengajakan di Korea sebelum ini.
Ahmad Razif berkata, beliau amat terharu kerana Dr Zakir tidak mengenakan sebarang bayaran termasuk kira-kira 50 krew yang dibawa khas oleh beliau termasuk tiket penerbangan.
“Ketika perbincangan untuk program itu saya bertanya berapakah bayaran yang dikenakan termasuk kerajaan negeri ingin membayar tiket kapal terbangnya tetapi beliau kata tidak perlu. Saya amat kagum kerana ini lah lambang seorang pendakwah,” katanya.
Lokasi ditetapkan penganjur pada malam pembukaan jelajah pada 10 April di Stadium Tertutup Gong Badak, pukul 8.30 malam.
Keesokan harinya iaitu 11 April (9.00 pagi) di Masjid Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk warga institusi pengajian tinggi diikuti di SM Imtiaz Besut pada jam 8.30 malam pada 12 April.
Lokasi terakhir adalah di Padang Astaka, Kemaman yang bermula jam 8.30 malam sementara orang ramai di seluruh negara khususnya dari negeri berdekatan dijemput mendengar ceramah isu semasa, diskusi agama sepanjang program tersebut.
Beliau lebih dikenali sebagai tokoh perbandingan agama di peringkat antarabangsa menerusi teknik pidato serta debatnya sangat mantap dan berkesan malahan setiap dakwahnya menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti Bible, Veda, Bhagwad Geeta dan Upandishads.
Bukan sahaja dalam melontarkan pandangan, malah beliau juga mempunyai kebolehan mematahkan hujah pihak lawan dengan jawapan meyakinkan mengenai persoalan yang dikemukakan walaupun secara spontan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: