NASI berlauknya cukup ringkas. Nasi putih dicampur gulai ayam bersama ayam goreng kecil dan dilengkapkan dengan sambal. Dibungkus pula dengan sehelai kertas makanan.Itulah identiti nasi berlauk yang sebelum ini dipopularkan oleh Kak Wook atau nama sebenarnya Allahyarham Mek Wook Hassan.
Biarpun serba ringkas, nasi Kak Wook yang pada mulanya bertapak di Kelantan pada 1984 mula mendapat tempat di luar negeri Cik Siti Wan Kembang.
Populariti Kak Wook ditambah dengan keenakan gulainya dan harga murah menjadi faktor makanan itu turut digemari bukan sahaja daripada kalangan penduduk Kelantan. Di atas faktor itu juga, muncul restoran-restoran yang menjual makanan seakan nasi Kak Wook di luar Kelantan sehingga membuatkan nasi berlauk itu menjadi fenomena. Ikuti kupasan Sinar Harian mengenai nasi yang menjadi sebutan orang ramai ini.
Tiada siapa tahu kisah mencabar di sebalik kesedapan nasi Kak Wook, yang diperkenalkan pada 1984 oleh Allahyarham Mek Wook Hassan.
Ia sebenarnya bukanlah satu perkara mudah untuk mula-mula menambat hati pelanggan, namun ikhtiar atas keikhlasan, akhirnya ia terkenal hingga kini.
Mendekati anak ketiganya, Maheran Ibrahim, 48, yang kini mempunyai anak yang membuka tiga lokasi menjual nasi Kak Wook original, untuk menjadi pandai dia sering dimarah arwah ibunya.
“Arwah Mek tegas. Dia kan cari duit menyara keluarga bersama arwah ayah, jadi kalau ada anak-anak bising bergaduh semasa kami kecil, dia marah sungguh-sungguh.
“Pernah sekali ada pergaduhan kecil kami adik-beradik, ketika itu, dia menggiling cili dan disebabkan kami tidak mendengar kata, dia lumurkan cili berkenaan ke muka anak. Begitulah seriusnya dia memasak untuk menjadi sedap dan menjaga resipi untuk menghasilkan nasi Kak Wook,” katanya yang mempunyai tujuh anak.
Arwah Kak Wook seorang penyabar dan menjaga kesedapan rasa lauk yang dimasak olehnya atau anak-anak, malah kalau ada kekurangan rasa itu, dia segera minta ubah.
Memendam rasa terkilan sebagai pewaris perniagaan nasi Kak Wook, Maheran mengakui kini pelanggan nasi Kak Wook keliru untuk mengenali nasi hasil usaha ibunya dengan nasi Kak Wook klon, namun dia tidak menolak, semua rezeki datang daripada ALLAH SWT.
Menurutnya, arwah ibunya mampu membuat pelbagai menu lauk termasuk nasi berlauk gulai ikan, gulai ayam, nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan aneka kuih-muih termasuk donat, tepung gomak dan tepung apam bakar.
“Arwah sangat pandai merasa masakannya, malah untuk menyiapkan bahan masakan, semuanya dia dah ‘set’ walaupun penyediaannya seawal 5 pagi hingga 6 pagi, tetapi banyak jenis nasi boleh dijual seawal jam 7 pagi,” katanya.
Pesan jual murah, kena sedekah kalau beli lebih
Harga nasi Kak Wook pada 1980-an hanyalah ‘samah’ iaitu 50 sen sahaja bagi lauk ikan, manakala bagi lauk ayam, harganya 70 sen.
“Nasi masa tu murah, malah kalau ada yang mahu lauk atau nasi lebih, kami panggil ‘nasi nasional’ atau ‘nasi kebangsaan’ dan harganya ketika itu RM1, itu pun sudah terlalu mewah.
“Arwah pesan jangan jual mahal sebab dalam masyarakat kita ada orang susah dan ada orang kaya. Kalau orang susah, dia pesan jangan ambil duit, kena sedekah, malah dia pesan, kalau kawan-kawannya datang membeli, bagi lah percuma.
“Kalau ada pelanggan beli nasi banyak, dia suruh bagi percuma satu atau dua bungkus, katanya meniaga-meniaga juga, tetapi kena cari keberkatan dengan bersedekah,” katanya.
Hidup keluarga Kak Wook sedikit suram kerana setelah arwah pergi buat selama-lamanya pada 2011, anak sulungnya, Mohd Zaki mengikut jejak pada 2012, kemudian disusuli arwah bapanya, Ibrahim Mamat pada 2014.
Tiga lokasi nasi Kak Wook asli
Meninggalkan sejarah tempat asal nasi Kak Wook di Kampung Lundang, Maheran berkata, sejak kecil, dialah anak yang selalu di sisi arwah menyiapkan nasi dan kuih setiap hari, selain arwah bapanya, Ibrahim Mamat.
“Dahulu saya rasa ‘derita’ sangat kerana agak terkebelakang dari segi pembelajaran, jadi arwah Mek selalu suruh membantunya di dapur, disuruhnya saya membuat gulai, menyiang ikan untuk buat nasi kerabu dan kuah laksam, juga menyediakan bahan untuk kuih. Nak menangis pun ada masa tu... tetapi saya sabar.
“Kini, apabila arwah tiada, barulah saya faham mengapa saya terpilih ‘sekaki’ memasak dan menjual nasi dengannya, malah memandangkan anak saya ramai, dari kecil mereka membantu arwah nenek menyediakan nasi Kak Wook,” katanya.
Mempunyai tiga anak menjual nasi Kak Wook asli menggunakan gambar arwah Kak Wook pada kain rentang di kedai, Siti Nur Hidayah Zulkifli, 28, menggantikan tempat lama di lokasi Jalan Telipot, manakala Rabiatul Adawiyah, 23, membuka kedainya di Pasir Tumboh dan satu lagi bersebelahan Bank Islam di Kubang Kerian dikendalikan Siti Nor Salwani, 23.
Tak mampu setanding arwah ibu
Tinggal di Kuala Kangsar, Perak kerana mengikut suami bekerja di sana, namun Maheran berkata, dia banyak menghabiskan masa di Kelantan setiap bulan kerana memberi tumpuan meniaga nasi resipi warisan ibunya.
“Dari kecil anak-anak saya sudah terbiasa membantu arwah nenek mereka meniaga nasi, jadi apabila mereka tolong, wang diperoleh dikongsi dengan anak-anak, sebab itu mereka lebih memilih perniagaan nasi berbanding kerja lain.
“Siti Nur Hidayah sebelum ini sudah tamat belajar dalam bidang kejururawatan dan bekerja di luar Kelantan, namun atas minat, dia memilih nasi berbanding menjadi juru rawat,” katanya yang mempunyai tujuh anak.
Berlainan kisah anak keempat arwah Kak Wook, Mastura yang bekerja di pejabat kerajaan yang mengakui sekiranya tidak memasak, dia akan terhidu bau masakan yang pernah dimasak arwah ibu.
“Kalau berbau sebegitu, saya kena memasak atau datang segera ke kedai ini (kedai nasi Kak Wook Telipot) dan kena masak atau suruh kakak (Maheran) masakkan, kalau tidak ‘angin’ tak lepas. Sungguh ngosek (berhantu), tetapi itulah keturunan.
“Kak Maheran mempunyai banyak ilmu kerana sejak kecil dia memasak bersama arwah dan kita sebagai anak, kalau beli nasi Kak Wook klon, kita boleh kenal. Ada yang sambalnya berbau lain, banyak belacan sedangkan yang kita masak bau bangkit asam limau kasturi,'' katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: