Monday, April 4, 2016

Dicaprio mungkin akan diharamkan masuk Indonesia




Leonardo Dicaprio

AKTOR Hollywood, Leonardo Dicaprio mungkin diharamkan daripada mengunjungi Indonesia selepas dia didapati sengaja mengkritik perladangan kelapa sawit Indonesia kerana memusnahkan habitat semula jadi haiwan dan memusnahkan hutan.

Memetik laporan The Telegraphy, jurucakap jabatan imigresen Indonesia, Heru Santoso berkata, Dicaprio menggunakan lawatan ke Indonesia,  untuk mengutuk industri kelapa sawit dan kerajaan Indonesia.

"Kami menyokong kebimbangannya terhadap ekosistem Gunung Leuser tetapi sekiranya dia terus mengeluarkan kenyataan menghasut atau provokatif dia boleh disenarai hitam daripada kembali ke negara ini,"katanya.

Terdahulu, Dicaprio telah membuat lawatan di Taman Negara Leuser Sumatera Utara, sejurus selepas itu dia kemudiannya telah memuat naik gambarnya di instagramnya dan menyatakan kebimbangan mengenai habitat kehidupan liar yang kini terancam.

"Perluasan peladangan  kelapa sawit memberi kesan kepada hutan dan memusnahkan koridor migrasi gajah.

"Sebuah kawasan biodiversiti bertaraf dunia tetapi peluasan perladangan kelapa sawit memusnahkan tempat unik ini," kata Dicaprio.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: