![]() |
| PRODUK Canon bukan baru dalam hidup Yuna. |
CANON Marketing (M) Sdn. Bhd. (Canon) melantik penyanyi dan komposer meningkat naik tanah air, Yunalis Zarai, 25, sebagai duta produknya baru-baru ini. Penyanyi yang lebih popular dengan panggilan Yuna itu telah dipilih untuk mempromosikan pelbagai produk kamera digital dan siri percetakan Canon. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon, Melvyn Ho berkata, kehadiran Yuna sangat membanggakan kerana dia mencerminkan nilai jenama Canon yang merangkumi inovasi, kreativiti, kualiti dan komitmen.
"Pelantikan yang telah dimeterai ini akan melihat Yuna terlibat secara aktif dalam mempromosikan kedua-dua produk berkenaan. "Ia dijangka mampu memberi impak besar terhadap peningkatan jualan terutamanya dalam mendekati pengguna golongan muda," ujarnya. Katanya, perniagaan kamera dijangka berkembang 43 peratus tahun ini, manakala bahagian percetakan meningkat 20 peratus dengan kehadiran Yuna dalam kempen promosi. Dalam pada itu, Pengarah Produk Pengimejan Komunikasi Canon, Simon Wong memberitahu, Yuna merupakan ikon golongan muda dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam platform media sosial seperti Facebook, YouTube, Twitter serta blognya.
"Sebagai contoh, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Deeper Conversation dan Penakut ini diminati hampir satu juta peminat di laman sosial Facebooknya. "Melalui kerjasama ini, Canon berharap dapat mendekati lebih banyak golongan muda. Yuna juga akan menjadi penyumbang fotografi dan video melalui laman Facebook Canon Malaysia," katanya. Sementara itu, Yuna, berkata, dia sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada keluarga Canon kerana sering menggunakan produk jenama tersebut. "Canon mempunyai pelbagai produk berkualiti yang menepati kehendak saya sama ada mengembara di luar negara, menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. "Saya sangat teruja untuk bekerjasama bersama Canon dalam memainkan peranan berkongsi pengalaman perjalanan muzik dan cerita saya dengan peminat-peminat," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: