
Pengarah pemasarannya, Jason Chin berkata, Twisties telah menganjurkan acara dan pertandingan melibatkan pelbagai umur dan terbaru menyediakan Volkswagen Polo sebagai hadiah utama kepada juara peraduan khidmat pesanan ringkas (SMS) Twisties Mata Mania yang berlangsung dari 1 April 2011 hingga 27 Mei lalu.
Menurutnya, sambutan peraduan itu menggalakkan apabila berjaya menarik lebih 200,000 penyertaan SMS pelbagai golongan.
“Dengan adanya pertandingan seperti ini kami secara tidak langsung dapat mengetahui Twisties terus kekal memang menjadi pilihan dan dinikmati oleh semua lapisan golongan dan pertandingan ini meneruskan lagi legasi kemasyhuran jenama ini berbanding makanan ringan lain,” katanya ketika menyerahkan kunci kepada pemenang utama peraduan SMS Twisties Mata Mania, Tam Choong Liang dari Damansara.
Sementara itu, pemenang utama Tam berkata, dia menghantar 4508 SMS untuk menyingkirkan saingan sekali gus membawa tuah kepada dirinya.
Selain Twisties, jenama snek lain keluaran Kraf iaitu Cheezels juga mendapat sambutan. Jenama keluaran kraf untuk produk segmen ini juga muncul sebagai jenama ikon yang menjana pendapa-tan tahunan .
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: