|
Antara konflik keluarga yang berantakkan akibat penggunaan ilmu pengasih dan penderitaan dua insan yang bercinta tetapi tidak dapat disatukan kerana hasutan dan hasad dengki orang lain. Itulah sedikit plot yang cuba disampaikan oleh dua buah drama bersiri terbaru TV3 yang bakal memulakan siarannya hari ini. Dewa Cinta lakonan mantap Fasha Sandha dan Iqram DInzly menerusi slot Akasia dan SiJundai, kisah cinta tiga segi di antara Wan Sharmila, Azam Pitt dan Nabila Huda di slot Lagenda.
Menampilkan jalan cerita yang mantap dan menyegarkan, dua drama bersiri ini diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd. Dewa Cinta mengisahkan Iqbal, lakonan Iqram Dinzly yang dibesarkan penuh kekecewaan oleh keluarga norhan dan Rohaya. Memori hitam di zaman kanak-kanak akibat sikap ayah kandungnya yang sangat garang dan tegas selepas ibu dan kakaknya menghilangkan diri menyebabkan jiwa Iqbal memberontak, namun sikap panas barannya itu disembunyikan di sebalik penampilannya yang elite. Takdir menemukan Iqbal dan June (Fasha Sandha), seorang pemuzik dan penyanyi pub jelita yang lebih suka menyendiri, lantas Iqbal jatuh cinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya itu. Di sisi lain, June masih mengharapkan kepulangan kekasih yang telah lapan tahun bermain muzik di luar negara tanpa khabar berita. Namun, janji setia telah dikhianati oleh kekasihnya yang rupa-rupanya telah pun berkahwin dengan perempuan lain. Berbeza dengan Dewa Cinta, Sijundai mempertaruhkan nama-nama baru untuk menghidupkan watak-watak rekaan penulis skrip ini. Mengisahkan sebuah keluarga yang berantakan kerana cinta yang dipengaruhi oleh ilmu pengasih, segalanya bermula apabila Sarah (Wan Sharmila) menyaksikan sendiri bagaimana ibunya dihalau dari rumah sewaktu kecil. Sarah telah mewarisi bakat ibunya dalam bidang seni tari, namun ayahnya tidak merestuo Sarah meneruskan bakat dan minatnya itu. Akhirnya Sarah berjaya juga melanjutkan pelajaran ke salah sebuah institusi seni. Di sana, Sarah bertanya dengan Gema (Azam Pitt) seorang pemuda dari Sumatera Barat yang berjaya memikatnya dengan kebolehan bermain alat muzik, namun perjalanan seni dan cinta Sarah tergugat di tengah jalan dengan kehadiran Desi (Nabila Huda), bekas kekasih Gema. Dihasut denganperasaan denganki dan dendam, Desi menggunakan ilmu sesat untuk memisahkan Sarah dan Gema. Ilmu pengasih Sirompak dan Gasing Tangkurak digunakan untuk menggangg sarah dan dia kemudiannya meletakkan kesalahan tersebut kepada Gema. Sarah yang terpedaya akhirnya sedar pengkhiatan Desi yang sebelum ini merupakan sahabat karibnya. Mungkinkah Gema, Sarah dan juga Desi sendiri yang akan menjadi mangsa korban dendam dan ilmu sesat yang mengahantui keluarga mereka? Jangan ketinggalan menyaksikan drama Sijundai di slot lagenda setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4petang. |
Tuesday, June 21, 2011
Temui Dewa Cinta & SiJundai Hari Ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: