Thursday, June 16, 2011

Sanggul serlah penampilan

KLASIK...gaya klasik untuk pengantin moden atau boleh digayakan dengan kebaya.
KLASIK...gaya klasik untuk pengantin moden atau boleh digayakan dengan kebaya.

WANITA zaman dulu bersanggul bagi mengekalkan kejelitaan serta penampilan anggun mereka. Sanggul tinggi digayakan dengan kebaya pendek bukan lagi menjadi nilai eksklusif sebaliknya perkara biasa yang digayakan sehari-hari.

Menurut sejarah, sanggul digayakan buat kali pertama pada zaman Yunani Purba oleh golongan bangsawan dihiasi perhiasan mewah manakala pada zaman China purba sang�gul hanya digayakan wanita yang sudah berkahwin saja.

  • Foto

    KERONGSANG...bukan saja cantik digayakan pada baju dan tudung pelbagai jenis kerongsang ini boleh menjadi perhiasan sanggul.

  • Foto

    SANGGUL PALSU...setelah dandanan disimpulkan di atas, letakkan sanggul palsu di tengah kepala.

  • Foto

    SIMPUL...lebihan rambut pada bahagian kiri dan kanan disimpulkan di atas. Sematkan pin supaya rambut tidak jatuh.

  • Foto

    KEMAS...pastikan rambut menjadi kemas sebegini.

  • Foto

    PERHIASAN...apabila sudah siap letakkan kerongsang pada bahagian berhampiran telinga untuk kekal anggun dan menyerlah.

  • Foto

    ASAS...bahan penting untuk mendandan ialah sanggul palsu, getah pengikat rambut, sepit, sikat dan semburan rambut.

  • Foto

    PELEMBAP...bagi memudahkan dandanan, letakkan krim pelembut rambut Avon kemudian usap rata ke semua bahagian rambut. Selain memudahkan, ia memberikan tenaga pada rambut untuk kekal bersinar dan bercahaya.

  • Foto

    LURUS...menggunakan pelurus rambut, rambut boleh diluruskan sesuai dengan tahap kepanasannya. Boleh juga membuat rambut lurus menjadi berombak pada hujungnya.

  • Foto

    MODEN...dengan sentuhan sederhana dan ringkas, dandanan sebegini boleh digayakan ke mana saja.

  • Foto

    IKAT...ikat rambut pada bahagian tengah.

  • Foto

    KELOPAK...bentukkan keseluruhan rambut menjadi seperti kelopak bunga kemudian sematkan pin.

  • Foto

    KEMAS...bentukkan pada semua bahagian rambut (bawah saja) menjadi bulat. Kemudian letakkan kerongsang di tengah. Gaya kontemporari sesuai untuk majlis makan malam bersama padanan gaun labuh atau singkat.

  • Foto

    DANDAN...untuk gaya klasik, dandan keseluruhan rambut dan hanya tinggalkan sedikit pada bahagian tepi kiri dan kanan.

Berbeza pada era Victoria apabila sanggul hanya digayakan wanita tua dan umumnya menjadi perkara biasa.

Seiring peredaran masa serta perkembangan teknologi dalam seni perhiasan rambut, kini dandanan sanggul dianggap mewah dan menjadi eksklusif apabila hanya digayakan


mempelai pada majlis perkahwinan, majlis makan malam atau acara permaidani merah.


Namun, ini tidak bermakna sanggul terus ditinggalkan sebaliknya menjadi pelengkap kepada penampilan tradisional apabila digayakan bersama busana Melayu seperti kebaya atau baju kurung.

Menurut jurusolek profesional, Zulfazli Suhadi dalam bukunya berjudul Sanggul, semua wanita boleh membuat sanggul sendiri di rumah.

Ini kerana sanggul bukan hanya sinonim untuk wanita berambut panjang sebaliknya wanita berambut pendek juga boleh menggayakannya.

Ditambah pula dengan pelbagai bantuan perhiasan seperti sanggul palsu, sepit, semburan rambut, getah dihiasi pin permata, kerongsang, bunga atau cucuk sanggul menjadikan teknik dandanan bertambah mudah, kemas dan anggun.

Asas sanggul biasanya dibuat dengan mengikat kemas rambut seperti ekor kuda dan disimpulkan pada pangkal leher mengikut ukuran panjang rambut. Terdapat pelbagai jenis hiasan sanggul antaranya moden, kontemporari dan klasik.

Menurut Zulfazli, gaya moden adalah dengan melepaskan rambut dan menambah nilai sama ada dengan membuat alunan atau kerinting. Biasanya teknik ini sesuai ke mana saja sama ada majlis rasmi atau kasual malah sesiapa juga boleh melakukannya sendiri di rumah.

“Gaya kontemporari dapat dilihat menerusi teknik dandanan dengan membuat alunan pada rambut seperti kelopak bunga kemudian ditambah perhiasan sepit atau kerongsang.

“Ia sesuai dengan padanan gaun labuh atau singkat. Gaya klasik biasanya untuk mempelai kerana dandanannya lebih mewah.

“Menambah sanggul palsu akan lebih menampakkan keanggunan mempelai walau apa juga busana yang digayakan mereka. Sanggul klasik juga sesuai untuk mempelai bertudung,” katanya yang menunjukkan dua teknik dandanan sanggul iaitu kontemporari dan moden kepada pembaca.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: