Friday, June 24, 2011

Sajian istimewa untuk raja pop


Suzaini Mohamed Salih bersama sajian yang dihasilkan.


MAKANAN yang sememangnya lazat menjadi bertambah nikmat apabila dimakan sambil mendengar dendangan lagu-lagu Raja Pop Malaysia, Jamal Abdilah.

Tambahan pula, makanan tersebut diberikan nama-nama yang menarik sempena lagu-lagu popular penyanyi tersebut.

Sukar disangkal, makanan yang dihidang sememang sedap dan unik.

Bagi chef yang bertanggungjawab menyediakan hidangan sempena Majlis Makan Malam Istimewa Bersama Jamal Abdilah yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putera, ia adalah satu penghargaan hebat kerana diberi kepercayaan untuk menyediakan hidangan 'muzikal' itu.

"Kesemua hidangan direka khas berdasarkan konsep satu Malaysia dan juga gabungan masakan Timur dan Barat,'' ujar Eksekutif Chef Tanjung Lounge , Suzaini Mohamed Salih.

Tambah beliau lagi, sempena malam istimewa itu dia bersama lebih 10 anak buah menyiapkan tujuh jenis hidangan istimewa.

"Biarpun agak rumit namun ia memberikan kepuasan yang tersendiri kepada saya untuk menyediakan hidangan istimewa ini,'' ujarnya lagi.

Bagaimanapun, jelasnya, resipi yang digunakan juga turut menjiwai kesedapan lagu-lagu penyanyi tersohor itu.

Antara makanan yang dihidangkan pada malam istimewa itu adalah Azura soto kekapis, Perjalananku Ikan Cod Panggang, Kasihnya Ibu Sorbet Buah Mangga Merah, Penghujung Rindu gabungan filet daging dengan udang harimau, Di sudut Kamar Hatiku Parfiat limau nipis dan juga hidangan Penawar Kasih Aneka coklat.

Malah tetamu tetamu juga turut dihidangkan dengan roti istimewa yang direka khas dengan huruf J dan A membuatkan yang hadir sayang untuk makan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: