Thursday, June 23, 2011

Pelakon utama Glee ditukar tahun depan


BARISAN pelakon Glee dari kiri, Amber Riley, Cory Monteith, Chris Colfer, Kevin McHale, Dianna Agron, Harry Shum Jr., Lea Michele, Jenna Ushkowitz, Mark Salling, Chord Overstreet dan Heather Morris semasa mengadakan persembahan di Los Angeles pada 28 Mei lalu.


LOS ANGELES 22 Jun - Beberapa pelakon siri drama muzikal televisyen Glee termasuk Lea Michele dan Cory Monteith akan digantikan dengan muka baru tahun depan.

Sejak ia diperkenalkan pada 2009, Glee berjaya memukau seluruh dunia dengan lakonan mantap para pelakonnya termasuk Chris Colfer dan Dianna Agron.

Namun, bagi memastikan siri tersebut tidak lari dari realiti, penciptanya, Ryan Murphy membuat keputusan untuk menggugurkan beberapa pelakon utamanya.

"Saya tidak fikir ia (pengguguran) sebagai penyingkiran atau penggantian kerana ramai penonton menyukai lakonan mereka yang meninggalkan kesan.

"Apa yang saya ingin lakukan adalah kami tidak mahu menonjolkan para pelakon terus menjadi pelajar sekolah selama lapan tahun dan mahu memaparkan jalan cerita yang bersifat realiti," katanya.

Tambahnya, Glee akan menjadi lebih menarik sekiranya mereka berada pada landasan penceritaan yang sebenar.

Dalam pada itu, Murphy menegaskan pelakon Matthew Morrison dan Jane Lynch akan dikekalkan dalam siri tersebut.

"Kami masih mempunyai Morrison dan Lynch yang akan memegang watak wanita dan lelaki utama.

"Mencari bakat baru dan muda serta memberi mereka peluang untuk menjadi bintang merupakan perkara yang menarik malah sebagai faktor semangat kepada siri tersebut," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: