Wednesday, June 15, 2011

Kerongsang pelengkap gaya


Jessie chua dengan pelbagai ilham kerongsang.


AKSESORI adalah pelengkap gaya wanita. Kehadirannya pula penting untuk menyerlahkan penampilan diri.

Terdapat pelbagai jenis aksesori yang lazimnya digayakan oleh kaum Hawa seperti rantai leher, rantai tangan, cincin, anting-anting, pin tudung dan tidak ketinggalan kerongsang.

Hari ini, pemakaian kerongsang bukan sahaja menjurus kepada baju kurung, kebaya dan tudung malah bagi mereka yang tidak bertudung juga boleh menggayakannya di baju.

Kerongsang dilihat mampu menyerikan lagi busana dan tudung yang dipakai tanpa mengira sama ada busana atau tudung tersebut bercorak atau polos.

Melihat betapa pentingnya kerongsang sebagai salah satu aksesori wanita hari ini, CKM Wholesale Centre tidak ketinggalan menawarkan pelbagai jenis rekaan, bentuk dan warna kepada peminat-peminat aksesori tersebut.

Menurut pemiliknya, Jessie Chua Kwee Mooi, premisnya menjual pelbagai jenis kerongsang yang unik serta eksklusif dan kesemuanya dihasilkan di Taiwan.

"Untuk pengetahuan bersama, walaupun kerongsang yang dijual di sini dibuat di Taiwan tetapi segala reka bentuknya merupakan idea saya sendiri dan sudah pasti rekaannya mengikut trend terkini.

"Ini adalah untuk memberi kelainan kepada si pemakai dan bukan itu sahaja malah gabungan warna yang dihasilkan juga merupakan idea saya.

"Kerongsang ini berkualiti tinggi baik dari segi batu mahupun pin yang digunakan,'' ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Jessie lagi, pihaknya menawar pelbagai jenis rekaan kerongsang yang bermacam-macam warna sesuai dipakai oleh pelbagai peringkat usia tidak kira tua atau muda.

Kerongsang yang dijual ada yang ringkas dan terdapat juga yang mempunyai juraian yang panjang.

Bagi wanita yang memang sukakan aksesori dan gemar bergaya pasti terpegun melihat pelbagai rekaan kerongsang yang berwarna-warni dan berkilauan.

Selain cantik untuk bawah leher, kerongsang ini juga boleh dipin pada bahu dan nampak elegan jika digayakan di majlis.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi CKM Wholesale Centre, anda boleh kunjungi premisnya di 18-1, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang, anda juga boleh menghubungi talian 03-91710120 untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: