Thursday, June 23, 2011

'Kempen Berbaloi' sumbang peningkatan deposit


AHMAD SAID menunjukkan tabung comel berupa kumbang ladybird di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Agrobank menyasarkan jumlah depositnya bertambah sebanyak RM1.2 bilion menjelang akhir tahun ini menjadikan nilai keseluruhannya mencecah kepada RM7.2 bilion.

Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Said berkata, sasaran itu bakal dicapai melalui aktiviti yang dirancang untuk menarik lebih ramai pendeposit di samping tawaran pelbagai produk tabungannya dengan kadar keuntungan yang kompetitif kepada pelanggannya.

"Kami melihat 'Kempen Berbaloi' ini adalah satu program yang berkesan kerana ia menawarkan hadiah-hadiah lumayan untuk dimenangi sekali gus ia mampu meningkatkan jumlah deposit di bank ini," katanya pada majlis cabutan bulanan untuk kempen berkenaan yang diadakan di sini semalam.

Pada majlis berkenaan, 12 pelanggan Agrobank menerima pelbagai hadiah menarik berupa barang kemas, sijil simpanan dan wang tunai.

'Kempen Berbaloi' yang berlangsung selama enam bulan sejak 1 Mei lalu sehingga 31 Oktober tahun ini turut menawarkan sebuah kereta Mercedes sebagai hadiah utama.

Menurut Ahmad Said, untuk menyertai kempen berkenaan, orang ramai hanya perlu membuka akaun baharu dengan Agrobank atau menambah nilai akaun simpanan masing-masing sekurang-kurangnya RM500.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: