![]() |
| (Dari kiri) Dr. Zaharah Aiyub, Teh See Yong dan Dr. Saunthari Somasundram menunjukkan laman sesawang yang boleh dilayari bagi mendapatkan maklumat mengenai e-Jam. |
LEPAK sambil minum bersama rakan-rakan di kedai adalah pemandangan biasa yang boleh dilihat dalam masyarakat hari ini.
Bagaimanapun apa salahnya jika masa melepak itu digunakan untuk sesuatu yang lebih bermanfaat bukan sahaja terhadap diri sendiri malah kepada orang lain.
Ini termasuk menganjurkan e-Jamuan Teh Malaysia (e-Jam) di mana bukan sahaja dapat menderma untuk tabung Persatuan Kanser Kebangsaan (NCSM) dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) malah dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai penyakit kanser.
''Majlis ini yang dianjurkan bersama oleh NCSM, BCWA dan Teh Sabah membuka peluang kepada sesiapa sahaja dalam masyarakat yang ingin menganjurkan e-Jam dari 20 hingga 25 September ini,'' kata Presiden NSCM, Dr. Saunthari Somasundram.
Katanya, konsepnya mudah kerana penganjur akan menjual barangan koleksi e-Jam di majlis itu bagi mengumpul derma manakala tetamu pula diberi peluang menderma dalam bentuk wang atau membeli barangan yang dijual.
Majlis pelancaran e-jam peringkat Malaysia telah dilancarkan di Wisma NSCM, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Turut hadir Presiden BCWA, Dr. Zaharah Aiyub dan Pengarah Pemasaran Syarikat Yee Lee Trading Sdn. Bhd. selaku pengedar Sabah Tea, Teh See Yong.
Dalam ucapannya, Dr. Saunthari berkata, NCSW dan BCWA telah menganjurkan e-Jam kali pertama pada tahun 2009 dan ia berterusan setiap tahun.
''Pelancaran konsep e-Jam secara online ini merupakan platform yang sesuai bagi menarik perhatian khususnya generasi muda mengenai kaedah baru mengumpul dana untuk menyokong aktiviti pesakit dan bekas pesakit kanser,'' katanya.
Katanya, uniknya Jam ini kerana ia terbuka untuk dianjurkan oleh sesiapa sahaja sama ada individu, organisasi, komuniti dan juga sekolah yang menjadi rakan NCSM dan BCWA.
'Untuk menganjurkan e-Jam ini amat mudah kerana ia boleh diadakan mana-mana mengikut lokasi yang dipilih oleh penganjur sama ada di rumah atau pejabat. Jumlah tetamu yang tidak dihadkan,'' katanya.
Katanya, NCSM dan BCWA juga beruntung kerana Teh Sabah telah bersetuju untuk menaja teh untuk e-Jam sebagai projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Katanya, borang penyertaan boleh dimuat turun di laman web NCSM dan BCWA sebelum difaks atau diemel.
Maklumat lanjut mengenai e-Jam boleh didapati dengan melayari laman www.sabahtea.com.my/ejamuanteh.
Katanya, jika berminat menjadi penganjur, selepas berdaftar wakil dari NCSM dan BCWA akan menghubungi dalam tempoh sebulan sebelum tarikh e-Jam diadakan.
Wakil ini akan bertemu dengan penganjur untuk berbincang mengenai pembayaran bagi peralatan yang diperlukan untuk penganjuran majlis ini seperti Teh Sabah, belon, poster, perekat, tabung derma.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: