
Apakah filem arahan Syamsul Yusof ini benar-benar hebat dan setaraf dengan filem antarabangsa? Kita ikuti pandangan orang ramai yang sudah menonton filem ini;
Shamri Abu Nasir.
“Filem KL Gangster lain daripada filem Melayu yang lain. Jalan ceritanya benar-benar terjadi dalam realiti masyarakat kini dan Ia patut ditonton oleh semua lapisan umur. Namun, ia tetap ada kelemahannya, terutamanya tentang penggunaan dialek Cina.”
Asral Zainal Abidin.
“Filem ini memang menarik dan penuh dengan aksi-aksi pelakon yang tidak kaku. Namun, bagi saya tidak semua perkara seperti itu terjadi di KL. Tak mustahil orang akan berfikir kehidupan di KL penuh dengan gejala gengsterisme”-
Puteri Farah Natasya
“Tak sangka seorang pengarah muda seperti Syamsul berjaya menghasilkan filem seperti ini. Jalan cerita yang penuh dengan mesej berguna. Tambahan pula, filem ini semakin menarik kerana tidak banyak menerapkan unsur percintaan,”
Sheikh Hafez
“Saya sudah menonton KL Gangster sebanyak 2 kali. Jalan ceritanya menarik dan penuh dengan penyampaian mesej iaitu kerana duit, keluarga akan terkorban. Tambahan pula, filem ini penuh dengan aksi-aksi yang mantap. Namun, pengakhiran cerita ini agak mengelirukan saya."
Abby Amani
“Saya tersentuh menonton filem KL Gangster kerana ada unsur-unsur kekeluargaan yang mampu membuatkan kita insaf. Kerana duit, segalanya akan terkorban. Selain itu, aksi-aksi berlawan dalam KL Gangster memang menarik berlainan jika dibandingkan dengan filem Melayu yang lain.”
Ahmad Tariq.
“KL Gangster adalah sebuah filem Melayu yang terbaik. Penyampaian mesej sangat bersesuaian dengan kehidupan masyarakat sekarang.”
Shahir Radzi
“Penyampaian mesej melalui filem KL Gangster sangat berkesan. Saya sendiri merasainya. Malah jalan ceritanya dan aksi-aksi perlawanan yang sangat menarik."
Faizal Nizam
“Gandingan Aaron Aziz dan Syamsul memang mantap. Kareografi aksi lawan sangat menarik dan realistik. Filem ini penuh dengan penyampaian mesej yang berkesan. Namun, ada sedikit kesan negatif yang mencerminkan orang-orang Melayu terlibat dengan gejala gengsterisme."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: