Friday, June 24, 2011

Gaya ikon Replay


untuk wanita, Replay turut menghasilkan rekaan yang menampilkan ciri wanita seksi dan berkeyakinan.


TIDAK perlu diperkenalkan lagi jenama Replay kerana sejak ia dipakai oleh ikon bola sepak antarabangsa David Beckham, jenama ini semakin mempunyai pengaruhnya yang tersendiri.

Tiap tahun dan pada empat musim utama Replay pasti tampil dengan rekaan terbaru yang pastinya memberikan kelainan untuk peminat setianya.

Dan pada penampilan musim bunga dan panas tahun ini pasti lebih selesa dan bergaya dengan jean dan baju-T dari jenama Replay.

Ideanya ialah penampilan yang kreatif, bebas dan ceria yang dizahirkan di atas rekaan yang menarik serta berkualiti.

Khusus untuk wanita, Replay menghasilkan rekaan yang menampilkan ciri wanita seksi, berkeyakinan diri dan yakin untuk tampil spontan dalam apa jua acara.

Untuk jean Replay musim ini diluntur dengan lebih daripada biasa. Sudah tentu potongannya mengikuti bentuk kaki dan menampilkan personaliti wanita itu sendiri. Tambah menarik apabila menyarungkan baju-T wanita yang bermotif feminin dan ringkas. Fabrik yang selesa dan potongan yang longgar memberi lebih keceriaan terutama untuk mood anda pada musim luruh dan panas tahun ini.

Untuk wanita pastinya motif flora mencuri tumpuan dengan gabungan corak grafik yang bergaya. Manakala untuk Replay lelaki pula apalagi, sudah tentu seluar dalam menjadi pilihan hati. Manakan tidak, seluar dalam Replay diperbuat daripada fabrik yang ringan dan amat selesa dipakai. Selain itu tentunya baju-T yang bergaya dan menampilkan imej si pemakai itu sendiri. Denim ranggi lusuh dan diluntur dengan teknik basuhan agresif ini pasti menjadi pilihan lelaki terutama remaja yang inginkan kelainan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: