Amir Khan
Zab Judah
UNTUK seketika, usaha mencari seorang lawan sesuai buat peninju, Amir Khan kelihatan berhasil tetapi segala-galanya musnah sekali lagi apabila Timothy Bradley menarik diri, memusnahkan impian Khan untuk bertarung dengan pemilik gelaran WBC dan WBO itu.
Begitupun peluang masih ada buatnya apabila bakal ditemukan dengan juara IBP, Zab Judah.
Judah yang meraih gelaran IBF dalam kategori light-welterweight 11 tahun lalu kini kembali bertarung dalam kategori 140 paun (63.5kg) selepas berjaya dalam kategori welterweight.
Dia adalah lawan yang sesuai bagi Khan dengan kejayaan meraih gelaran IBF dan terkenal di Amerika Syarikat.
Berbanding menentang Paul McCloskey, pertarungan menentang Judah akan menjadi batu loncatan buat Khan untuk bersaing dalam kategori 140 paun sebelum beralih ke kategori welterweight.
Pada usia 33 tahun dan bergelar peninju profesional selama 15 tahun, peninju kelahiran Brooklyn itu adalah antara peninju berpengalaman bakal ditentang Khan.
Khan sudah pun berbalas kenyataan dengan Judah menerusi Twitter.
Katanya: “Zab adalah peninju yang bagus. Dia kuat dan cergas. Semua kenyataan di Twitter hanya untuk berseronok tetapi hakikatnya kami adalah peninju profesional.
“Semua ini hanya untuk memeriahkan keadaan. Dia adalah peninju hebat dalam kategori 147 paun (66.6kg) dan kini juara dalam kategori 140 paun.
“Pada mulanya Bradley tidak mahu berlawan, kemudiannya Morales. Saya gembira berpeluang menentang Judah dan akan menewaskannya,” katanya.
“Zab adalah peninju hebat dan memenangi banyak gelaran dunia tetapi saya fikir ini bukan masanya. Saya tahu bagaimana menewaskan Judah.
“Dia tidak mempunyai sema�ngat seperti saya. Saya tidak fikir dia mampu merampas gelaran saya,” katanya.
Beberapa pengulas Amerika menganggap Judah mampu menewaskan Khan apabila mereka bertemu di Mandalay Bay, Las Vegas pada 23 Julai ini.
Kepantasan Judah mungkin semakin berkurangan tetapi dia masih lagi mampu memberi ancaman.
“Saya sedia dan mempunyai fokus,” kata Judah, sembilan tahun lebih tua berbanding Khan. “Ia perjalanan jauh ke puncak dan itulah cara untuk mencipta juara. Bila mereka tewas, mereka akan bangkit untuk kembali ke puncak.
“Amir boleh sedia untuk menghadapi kegagalan ketika ini kerana ia masa ‘Super Judah’,” katanya.
Dia juga menikmati kebang�kitan karier dan merampas kembali gelaran IBF ke atas Kaizer Mabuza, Mac lalu.
Judah mampu memberi cabaran hebat buat Khan seperti Marcos Maidana dan kena�ngan mengenai bagaimana dia menangani setiap serangan peninju Argentina pada pusingan ke-10 itu bakal memberi cabaran buat juara WBA itu.
Pengkritik Khan di Amerika masih terus meremehkan keupayaannya dan sentiasa merujuk kepada kekalahan kepada Breidis Prescott dan Willie Limond.
Kegagalan itu mungkin tidak lagi bermakna dengan Khan kini di bawah bimbingan Freddie Roach dan cara dia menentang Maidana membuktikan dia mampu mengambil sebarang tumbukan.
Hakikatnya, keupayaan Judah masih boleh dipertikaikan di mana selain tewas dua kali sepanjang kariernya, dia turut membatalkan dua perlawanan terakhir.
Dia juga masih perlu berdepan kepantasan Khan yang diakui sebagai yang terbaik dan bagi seorang berusia 24 tahun, dia sudah menunjukkan kematangannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: