Thursday, November 5, 2009

Twisties Bingit Pertaruh Genre Indie


Twisties Bingit merupakan sebuah program realiti untuk mencari pemuzik untuk dikembangkan kepada sebuah kumpulan muzik di Malaysia. Ia menjadi platform untuk remaja yang meminati muzik namun tidak pernah mempunyai peluang untuk memperlihatkan bakat mereka.


Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM80,000 termasuk kontrak rakaman bersama syarikat rakaman Monkey Bone. Program yang ditaja sepenuhnya oleh Twisties ini memperlihatkan nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia seperti Edrie Hashim dan Edris Adrian (Pengurus Label Monkey Bone). Beberapa juri jemputan seperti Jay Jay dan Hattan turut dijemput untuk memeriahkan program ini.

Twisties Bingit akan memulakan jelajah 7 November 2009 dengan enam lokasi terpilih seluruh Malaysia. Kumpulan indie Pesawat yang dianggotai oleh Jipie (vokal), Nizam Camel (gitar), Mann (bass) dan Kudux (dram) akan muncul membuat persembahan di setiap gig dengan lagu tema berjudul Bingit yang diterbitkan khas untuk Twisties Bingit.

Seramai sembilan band yang terpilih di antaranya The Musician, P'Gee, Digital, Rockie Cream, Avidity, Nomisery, Rocket Planet, Mess Symphony dan Floor 88. Program ini akan disiarkan setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula 11 Disember 2009 di saluran 8TV.

Tarikh dan Lokasi Gig :

7 November 2009 - Laundry The Curve, Kuala Lumpur
14 November 2009 - New World Park, Penang
21 November 2009 - CT Sports Cafe, City Plaza, Johor Bahru
28 November 2009 - The Spring, Kuching
5 dan 12 December 2009 - Central Park Avenue Entrance, One Utama, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: