![]() |
| KERATAN Kosmo! |
KUALA LUMPUR - Waris bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mempunyai penama berkemungkinan sukar untuk membuat tuntutan wang caruman sekiranya seseorang ahli itu meninggal dunia.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, dalam kes-kes sebelum ini, ada yang mengambil masa sehingga tiga tahun semata-mata untuk menuntut wang.
"Tiada sesiapa yang tahu tarikh kematian dan oleh itu, dengan meletakkan penama pada KWSP, ia akan memudahkan urusan menuntut wang kelak," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beliau berkata, kesukaran yang dimaksudkan ialah untuk mendapatkan dokumen di samping perlu membayar kos mahkamah dan hartanah.
Tambahnya, kurang kesedaran dan sifat ambil ringan merupakan punca utama kebanyakan ahli KWSP tidak membuat penamaan waris mereka.
Nik Affendi memberitahu, dengan adanya penama, proses untuk mendapatkan wang berjalan lancar dan yang pasti ia dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: