|
|
FORT HOOD - Kumpulan penyiasat tentera Amerika Syarikat (AS) semalam mencari bantuan dengan meminta supaya beberapa saksi tampil memberi maklumat sebagai usaha mencari penjelasan mengapa seorang pegawai berpangkat mejar melepaskan tembakan rambang di pangkalan tentera Fort Hood, Texas sehingga mengakibatkan 13 terbunuh manakala 30 lagi cedera.
"Kejadian pada Khamis lalu itu sangat menyedihkan dan setiap individu di sini tersentuh dengan tragedi iini," kata sorang paderi tentera, Kolonel Frank Jackson kelmarin.
Para penyiasat percaya pegawai askar itu, Dr. Nidal Hasan, 39, yang berpangkat mejar bertindak melepaskan tembakan rambang di Pusat Persediaan Askar di pangkalan tersebut tanpa dipengaruhi puak radikal Islam.
Dr. Nidal kemudian ditembak oleh seorang anggota polis dan dia kini berada dalam kedaan kritikal di sebuah hospital.
"Semua bukti ketika ini menunjukkan suspek bertindak berseorangan," kata jurucakap penyiasat tentera, Chris Grey.
Namun akhbar The Washington Post semalam melaporkan para penyiasat persekutuan menyiasat sama ada Nidal menjadi promoter ideologi Al-Qaeda.
Pada 2001, Nidal pernah mengunjungi sebuah masjid di Dar al-Hijrah yang dipimpin oleh Anwar al-Aulaqi.
Menurut The Washington Post yang memetik sumber pegawai kanan AS, Anwar mempunyai hubungan dengan beberapa penyerang 11 September 2001 di AS.
Sementara itu, Presiden Barack Obama dijangka menghadiri satu upacara memperingati mangsa hari ini manakala Senator Joseph Lieberman menyatakan beliau akan melakukan siasatan bagi menentukan sama ada pihak tentera melakukan kecuaian.
Kata Lieberman yang mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri, tembakan di Fort Hood itu mungkin disebabkan oleh pelampau Islam tetapi ia terlalu awal untuk dipastikan motifnya."Terdapat tanda kukuh bahawa Dr. Nidal menjadi seorang ekstremis," kata Lieberman.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: