Sunday, November 15, 2009

Singgah di balai polis untuk beritahu niat bunuh rakan sebelum ditembak mati


BAPA saudara suspek, Ku Azizan Ku Chik menunjukkan tempat Muhammad Taufik ditembak selepas mengamuk di Kampung Guar Sanji, Arau.


KANGAR - Seorang peniaga makanan mengamuk hampir tiga jam sebelum ditembak mati pagi semalam gara-gara terlalu marah akibat ditinggalkan oleh kenalan lamanya di Alor Setar sehingga terpaksa berjalan kaki pulang sejauh 50 kilometer ke Arau awal pagi semalam.




Muhammad Taufik Noorizan, 21, pada mulanya mengikut rakannya itu yang hanya dikenali sebagai Rashidi dan bekerja sebagai kontraktor ke Alor Setar dengan tujuan untuk minum pada pukul 10 malam kelmarin.

Namun mereka dipercayai berselisih faham dan akibatnya, Muhammad Taufik yang tidak mempunyai wang terpaksa berjalan kaki pulang.

Sebaik sampai di rumahnya pada pukul 6 pagi semalam, dia naik angin dan keluar semula sebelum membelasah rakannya itu dengan kayu dan besi di rumah mangsa dekat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Guar Sanji, kira-kira tiga kilometer dari situ.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: