Sunday, November 15, 2009

Ketum atas rizab JPS dimusnahkan


SEBAHAGIAN anggota Rela membawa pokok ketum yang ditebang untuk dimusnahkan dalam operasi di Kuala Selangor.


KUALA SELANGOR - "Kami ingatkan kedatangan mereka ke sini adalah untuk memancing atau mencari ulam. Tak sangka pula mereka sebenarnya memunggah daun ketum".

Begitu jelas Ketua Kampung Hang Tuah, Bestari Jaya, Jamil Daud di sini selepas operasi memusnahkan pokok ketum yang tumbuh meliar di kawasan tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) seluas kira-kira 1.2 hektar di kampung tersebut.


Khairi


Operasi tersebut yang melibatkan 350 anggota polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dilakukan selepas menerima aduan penduduk.

"Selama ini, kami nampak beberapa buah kereta luar masuk ke sini kemudian keluar dengan membawa muatan berisi daun yang kami sangka ulam-ulaman seperti pucuk paku.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: