Thursday, November 26, 2009

Shetty rai perkahwinan


KUNDRA dan isterinya, Shetty bergambar pada majlis meraikan perkahwinan mereka di sebuah hotel di Mumbai kelmarin.


MUMBAI - Pelakon terkenal Bollywood, Shilpa Shetty memakai sari yang berwarna keemasan semasa menghadiri majlis meraikan perkahwinannya di sebuah hotel di sini pada malam kelmarin.

Bekas peserta program realiti televisyen Celebrity Big Brother di Britain itu berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Raj Kundra di sebuah resort di Mumbai pada Ahad lalu.

Pasangan itu kelihatan sepadan semasa mereka tiba di hotel tersebut dengan memakai pakaian tradisional.

Namun, terdapat seorang tetamu yang tidak dijemput oleh Shetty untuk menghadiri majlis bagi meraikan perkahwinannya itu iaitu bekas kekasihnya, Akshay Kumar yang turut merupakan bintang Bollywood.

Menurut sumber, Shetty tidak mahu kehadiran Kumar akan memalukan dirinya.

Aktres itu pernah berlakon bersama Kumar pada 1994 dalam filem Main Khiladi.

Dia kemudian menjalin hubungan dengan Kumar tetapi pasangan itu berpisah selepas aktor tersebut menjadi kekasih aktres Twinkle Khanna yang kini menjadi isterinya.

Pada majlis perkahwinannya yang diadakan pada Ahad lalu, Shetty memakai sari merah dan berlian semasa dia membuat ikrar perkahwinan dengan Kundra yang merupakan seorang jutawan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: