BINTANG handalan Bollywood, Amitabh Bachchan memberitahu dia masih menunggu maklum balas daripada satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Shahrukh Khan seminggu lalu.
Bachchan mengucapkan selamat hari jadi kepada Shahrukh menerusi SMS.
"Hari jadi Shahrukh jatuh pada 2 November dan saya barangkali merupakan orang yang terawal mengucapnya selamat hari jadi.
"Bagaimanapun dia masih belum membalas SMS saya," Bachchan menulis dalam blognya www.bigb.bigadda.com .
"Telefon mudah alihnya mungkin menerima terlampau banyak ucapan. Mungkin saya perlu menghantar satu peringatan kepadanya. Tidak mungkin dia tidak membalas," tulisnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: