Friday, November 6, 2009

Saksikan keindahan show dari Xinjiang

Pernahkah anda menonton keindahan tarian dari Xinjiang, wilayah majoriti Islam di China? Kalau belum pernah inilah masanya. Mereka datang ke Kuala Lumpur mempromosikan keunikan budaya mereka.

The Splendour of Xinjiang Charity Show akan dipersembahkan di Kuala Lumpur pada 7 dan 8 November 2009 ini di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dengan menampilkan 40 ahli kumpulan Xinjiang Song & Dance Esemble.

Pada 7 November dua persembahan akan diadakan pada pukul 2.30 petang dan 8.30 malam manakala pada 8 Novemebr satu persembahan pada pukul 2.30 petang.

Tarian XinjiangTiket berharga RM80, RM100, RM120 dan RM150 boleh didapati dengan menghubungi Kee Boon (019-5110749), Eugene (012-2107062) atau Gilford ((016-6766016). Boleh juga layari www.applause.org.my untuk membuat tempahan online. Tiket juga boleh didapati di KL Live (03-21622570).

Kumpulan ini diasaskan pada tahun 1949 dan telah menjelajah lebih 80 negara termasuk Australia, New Zealand, Sweden, Norway, Perancis, Belanda, Jerman dan lain-lain. Pada tahun 2001 mereka dijemput ke Rusia dalam usaha kerajaan China melobi untuk menjadi tuan rumah Olimpik 2008.

Tarian Xinjiang.Persembahan berwarna-warni

Persembahan selama dua jam itu menampilkan warna-warni dan keunikan pakaian dan tarian tradisional masyarakat Islam China itu. Mereka akan diiringi persembahan orkestra.

Persembahan amal itu bertujuan mengutip dana Nasional National Stroke Association of Malaysia, Society of St. Vincent de Paul dan rumah anak yatim Rumah Harapan Kasih Sayang.

Saya sendiri pernah menonton persembahan masyarakat Xinjiang di sebuah restoran yang menawarkan pakej tarian tersebut di Beijing tidak lama dulu. Persembahan mereka memang berwarna-warni dan menghiburkan.

Ada juga unsur pergerakan tarian Arab seperti tarian gelek kerana bangsa Uighur di Xinjiang sememangnya mempunyai darah Turki. Muziknya juga ada unsur gabungan bunyi-bunyian muzik Arab dan China. Itulah yang membuatkan persembahan mereka lain daripada yang lain. Bagi yang menyukai persembahan kebudayaan, inilah masanya. Anda tak perlu ke wilayah Xinjiang untuk melayari keindahan kebudayaan mereka. Jangan lepaskan peluang menonton persembahan ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: