
NEW YORK - Seorang pemilik sebuah restoran di sini memperoleh 'durian runtuh' apabila premisnya dikunjungi pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich. lapor sebuah akhbar semalam.
Abramovich yang juga bilionair Rusia membayar £28,793 (RM162,319) untuk makan tengah hari di restoran makanan Itali, Nello bersama teman wanitanya, Dasha Zhukova, anak lelakinya, Arkady dan tiga orang rakan niaga kelmarin.
"Apabila mereka mula membuat pesanan, saya faham bahawa mereka mahukan yang terbaik dan harga bukan persoalannya," kata pemilik restoran tersebut, Nello Balan.
Mereka menjamu selera dengan hidangan mewah seperti kulat trufel, limpa dan pasta makanan laut dipadankan dengan beberapa jenis wain termahal di dunia.
Lebih hebat kata seorang saksi, Abramovich langsung tidak menunjukkan reaksi terkejut apabila beliau melihat bil hidangan mereka.
Sebaliknya, lelaki ke-51 terkaya di dunia menurut majalah Forbes itu bertanya dengan sopan, sama ada bil tersebut termasuk caj perkhidmatan sebelum dimaklumkan caj perkhidmatan untuk hidangan mereka ialah £4,468 (RM25,188).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: