Friday, November 20, 2009

Rabecca Kesal Dikatakan 'Buat-buat' Jatuh!

NAMA Rabecca Nur Al-Islam masih ‘hijau’ dalam industri lakonan, dia sudah mendapat gelaran ‘artis ambulans’.

Semuanya gara-gara dia didakwa beberapa kali jatuh pengsan di lokasi penggambaran sehingga pihak produksi perlu menyediakan ambulans.

“Saya baru dua kali jatuh di lokasi penggambaran dan terpaksa memanggil ambulans, bukannya banyak kali seperti yang didakwa.

“Orang bodoh je yang minta jatuh, tapi saya memang terjatuh...,” ujar Rabecca ketika diaju tentang perkara itu.

Menurut gadis yang mesra dengan panggilan Becca ini, dia mengaku jatuh di lokasi penggambaran drama ‘Jangan Tegur..Lagi’ di sekitar Hospital Sungai Buloh baru-baru ini.

“Dua minggu lepas, saya terjatuh dan belakang badan saya terkena besi ‘terpacak’ setelah duduk di atas kerusi yang tidak berskru. Waktu tu, saya tengah ‘touch up’ muka dan tidak sedar yang kerusi itu tidak berskru.

“Masa mula-mula duduk tu, ‘ok’ lagi tetapi apabila saya gerakkan sedikit kerusi itu, saya terus terjatuh selepas itu.

“Nasib baik ‘make up artist’ dapat pegang saya tetapi waktu itu tulang belakang saya dah rasa sakit dan tidak boleh bergerak.

“Sebab mereka bimbang untuk mengangkat saya, itu yang terpaksa panggil ambulans. Nasib baik lokasi penggambaran itu dekat dengan Hospital Sungai Buloh.

“Selepas itu, empat jam saya ditempatkan di wad kecemasan dan setelah di x-ray, doktor kata tulang belakang saya tak patah.

“Saya juga bernasib baik kerana tidak ditahan di hospital itu. Doktor hanya beri saya cuti sakit selama dua hari untuk berehat,” ujarnya di mana dalam masa yang sama mengakui mempunyai penyakit migrain.

Dalam empat atau lima tahun lalu, Becca berkata dia juga pernah mengalami kecederaan sehingga terpaksa menggunakan khidmat ambulans.

“Saya betul-betul terjatuh semasa melakonkan babak berlari dengan pelakon Fauzi Nawawi dalam sebuah drama arahan Feroz Khan. Saya tergelincir jatuh kerana terpijak kertas sehingga pengsan.

“Saya tidak teruk pun tetapi mereka (krew) takut nak angkat dan selepas itu mereka terpaksa memanggil ambulans,” cerita Becca.

Menyentuh mengenai lakonannya di dalam drama ‘Jangan Tegur’ yang turut dilakonkan di samping pelakon Eizlan Yusof, Becca berkata dia agak tercabar ketika melakonkan watak Natasya sehingga sakit-sakit badan.

“Watak ini agak berat sebab ia perlu bermain dengan emosi apabila melakonkan watak Natasya yang dirasuk setelah mengalami kemalangan.

"Insya-Allah, selepas berlakon drama ini saya akan mengambil cuti panjang pada bulan Disember ini,” tuturnya pelakon drama ‘Legasi 43 Karat’ ini lagi.

Drama ‘Jangan Tegur..Lagi’ diadaptasi dari filem ‘Jangan Tegur’ yang sebelum ini dilakonkan oleh pelakon Julia Ziegler dan Pierre Andre.

Diusik adakah dia bercuti kerana mempunyai ‘suatu’ yang istimewa seperti bertunang atau majlis lain?

“Bertunang? Lambat lagi..,” luahnya sambil tergelak kecil sebelum mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: