
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pusat Inovasi Negara yang turut dikenali sebagai MyNIC akan dilancarkan menjelang akhir suku pertama tahun depan.
Perdana Menteri berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini sedang melaksanakan kajian komprehensif mengenai pelaksanaan MyNIC dan ini akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.
"Fokus MyNIC ialah untuk melakukan inovasi secara menyeluruh, bukan sahaja di dalam bidang bioteknologi malah juga di dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), animasi serta pertanian dan industri yang lain," katanya selepas pelancaran rasmi Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2009 di sini semalam.
Menurut beliau, penekanannya perlu diberikan kepada modal dan kandungan intelek.
"Ini, saya yakin, akan menambah baik sistem ekologi yang kondusif bagi pembangunan industri itu yang kini kian berkembang," katanya.
Cadangan penubuhan MyNIC diusulkan pada mesyuarat Majlis Inovasi Kebangsaan keempat baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: