Thursday, November 26, 2009

PTPTN kutip RM4 juta sehari


MOHAMAD SHAHRUM (berkot) bergambar bersama pemenang dan keluarga pada majlis penyampaian hadiah kempen 'Merdekanya Bila Cuti Sekolah' di Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berjaya mencatatkan pungutan balik pinjaman sebanyak RM4 juta sehari berbanding RM2.5 juta sebelum ini.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman berkata, peningkatan itu merupakan satu perkembangan yang baik berikutan kesedaran di kalangan peminjam selain tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.

"Kebiasaannya kita hanya menerima kira-kira RM2.5 juta jumlah bayaran balik dalam sehari tetapi kini jumlah itu sudah meningkat kepada lebih RM4 juta sehari, ini merupakan satu perkembangan yang baik dan kita harap akan berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang kempen 'Merdekanya Bila Cuti Sekolah' di pejabat PTPTN di sini semalam.

Menurut beliau, pelbagai kemudahan diberikan oleh PTPTN kepada 1.4 juta peminjam untuk membolehkan mereka membuat pembayaran balik termasuk menerusi kaunter bank-bank tempatan atau melalui perbankan Internet.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: