
GEORGE TOWN - Sektor pelancongan di negeri ini mendapat suntikan baru apabila Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Jeti Swettenham (PSPICT) di Pelabuhan Pulau Pinang (PPP) dekat sini mula beroperasi Jumaat lalu.
Serentak itu, buat pertama kali kompleks berkeluasan 15,000 meter persegi tersebut menerima kunjungan ulung kapal persiaran SuperStar Libra yang berlabuh di sini.
Hadir menyambut ketibaan kapal persiaran milik Kumpulan Genting dengan kira-kira 2,000 penumpang itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Tan Cheng Liang dan Pengurus Besar SPPP, Noor Ariff Yusoff.
PSPICT yang dibina pada tahun 2005 memiliki dermaga sepanjang 400 meter serta sebuah bangunan tiga tingkat lengkap dengan kemudahan kapal berlabuh dan pusat komersial.
Terminal itu berkeupayaan menerima kapal-kapal persiaran yang beratnya sehingga 70,000 tan berbanding Jeti Swettenham dahulu iaitu 25,000 tan sahaja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: